Belum Rainforest Resort - Hidden Gem Di Perak Yang Korang Wajib Pergi Sekali Seumur Hidup
HOTELFebruary 18, 2021 - 02:46 AM
Belum Rainforest Resort merupakan salah satu lokasi pelancongan eco di Malaysia yang terletak di Pulau Banding. Kalau korang merupakan nature lovers dan inginkan percutian getaway yang menarik dan exciting, ini adalah lokasi yang perfect untuk korang. Suasana di resort ini sangat menenangkan dan cantik. Bukan tu je, banyak juga aktiviti yang korang boleh buat di sini.
Di Belum Rainforest Resort, korang akan dapat lihat pemandangan hutan hujan yang berusia 130 tahun tau. Terdapat beberapa jenis penginapan yang korang boleh pilih dari villa, chalet, hotel, dan yang paling best, houseboat (hotel terapung)! Terdapat juga restoran untuk korang menikmati masakan Melayu dan Western di dalam resort ini.
Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini adalah mandi infiniti pool yang agak besar dengan pemandangan Tasik Temengor. Disebabkan Hutan Hujan Belum Temengor ni berusia 130 juta tahun, korang boleh lihat kesemua spesis burung enggang yang ada disini. Bukan tu je, Korang juga boleh jumpa 3 spesis bunga Rafflesia di dalam hutan tersebut.
Selain tu, korang juga boleh memancing di Tasik Temenggor, tasik kedua terbesar di Malaysia. Tapi di sini menggunakan polisi catch and release. Ada juga penempatan orang asli di utara dan selatan Hutan Belum-Temengor ni. Jadi kalau korang nak pergi bercuti ke Perak, dan inginkan satu pengalaman unik, Belum Rainforest Resort Malaysia wajib ada dalam list korang.
Alamat: Pulau Banding, 33300 Gerik, Perak
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah