Time Capsule Retreat - Staycation Unik Dan Lain Daripada Yang Lain Di Pahang

HOTEL
February 23, 2021 - 05:15 PM


Korang perasan tak walaupun seni bina hotel, resort, dan villa nampak berlainan tetapi pada hakikatnya design yang digunakan hampir sama? Jadi kalau korang inginkan satu kelainan untuk percutian atau staycation korang, apa kata pergi duduk ke Time Capsul Retreat di Pahang. Lokasi ini sangat unik kerana hotel / kabin yang digunakan berbentuk tube.

Time Capsul Retreat terletak di Sungai Lembing dan dibuka pada tahun 2014 oleh Kevin Young. Dengan kecantikan flora dan fauna di sekeliling Sungai Lembing, kabin ini dibina sebagai nature retreat untuk korang yang sukakan alam semula jadi dan untuk yang ingin lari dari kesibukan bandar. Terdapat beberapa jenis kabin yang korang boleh pilih di sini.

Antara yang menjadi tarikan orang ramai adalah Parallel Cabin di mana luaran kabin tersebut dibina seperti cermin yang memberikan gambaran seolah-olah kabin tersebut tiada di situ. Tak faham apa yang dimaksudkan? Korang boleh tengok sendiri gambar di atas. Terdapat tiga Parallel Cabin di sini iaitu Parallel Aurora, Parallel Corporate, dan Parallel Discovery.

Di Parallel Aurora, kabin ini didatangi dengan 2 buah bilik beserta bilik air. Dan kesemua Parallel Cabin ada beranda tersendiri. Kalau nak besar sedikit dan lebih dekat dengan nature, korang boleh duduk di Parallel Corporate. Dan yang paling luas ialah Parallel Discovery yang mempunyai jacuzzi di bahagian beranda luar.

Jadi kalau korang ada plan nak pergi ke Pahang pada masa akan datang atau memang stay di Pahang, korang boleh la singgah dan duduk di sini pada hujung minggu untuk menikmati sendiri keindahan alam sekitar di Time Capsule Retreat. Untuk info lanjut korang boleh pergi ke laman web mereka di bawah. Have fun!

Alamat:  Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Laman Web | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah