Orang Semenanjung Nak Masuk Sabah, Sarawak Kena Buat Swab Test Dulu

VIRAL
March 04, 2021 - 07:12 PM


Jika anda dari Semenanjung dan ingin melakukan perjalanan ke Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) -- ini ada beberapa peraturan baharu yang perlu anda patuhi!

Antara syarat perjalanan tersebut adalah setiap individu yang mendapat kebenaran polis untuk masuk ke Sabah melalui pintu masuk darat, laut atau udara perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh tiga hari.

Mereka yang mendapat keputusan negatif dan tidak bergejala sahaja dibenarkan masuk ke Sabah, Labuan dan Sarawak tanpa perlu menjalani kuarantin.

Bagaimanapun sebaliknya, mereka yang dari Sabah dan Sarawak hendak ke Semenanjung tidak perlu ujian saringan Covid-19 sebaliknya boleh terus ke mana-mana negeri dalam Semenanjung.

“Hendak keluar dari Sarawak ke Semenanjung tidak perlu swab test, mereka boleh terus datang manakala dari Sarawak ke Sabah, Labuan perlu swab test tiga hari sebelum berlepas.

“Hanya yang negatif dan tidak bergejala dibenarkan ke Sabah dan Labuan tanpa perlu kuarantin, namun, atas kehendak kerajaan Sarawak, larangan rentas negeri masih dikekalkan walaupun Sarawak bawah PKPB,” katanya Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, untuk rekod -- sehingga semalam (3 Mac) lebih 1.9 juta rakyat Malaysia telah mendaftar bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Jumlah itu agak kecil berbanding populasi keseluruhan rakyat yang ada dan kerajaan memberi masa secukupnya untuk mereka mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah