Maze Park - Tarikan Terbaru Di Tanjung Tualang, Perak
TARIKANApril 02, 2021 - 08:28 AM
Sebelum ini Rileklah pernah mengeluarkan satu artikel mengenai lokasi kapal korek biji timah di Tanjung Tualang, Perak. Kali ni kami ingin berkongsikan satu lagi tarikan yang korang boleh dapati di sini iaitu Maze Park. Ianya merupakan satu tarikan terbaru untuk menarik minat pelancong yang datang bercuti di Perak, memang sangat menarik.
Walaupun maze park ini sangat common di luar negara, rasanya ini kali pertama ada maze park yang sebesar dan secantik ini. Jadi korang bolehlah explore dan bermain bersama anak-anak atau rakan-rakan korang ketika melawat lokasi ini. Selain itu, korang juga boleh melawat kapal korek biji timah TT5 dan belajar mengenai sejarah pelombongan timah di negara kita.
Bab nak bergambar tu jangan risau, dengan pokok kehijauan di maze park ini, gambar yang diambil pasti kelihatan sangat unik dan cantik. Min nak suggest agar ambil lokasi ini sebagai lokasi video wedding korang, kan unik bila dalam video tu korang berlari-lari mengejar pasangan korang di dalam 'maze' ni.
Taman ini akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk yang duduk luar dari Perak tu, diharapkan korang semua bertenang dan bersabar ya. Nanti bila keadaan pandemik ini sudah reda di negara kita, bolehlah datang ke Perak dan enjoy bergambar di lokasi unik dan cantik ini.
Alamat: 9th KM, Jalan Tanjung Tualang 31000 Kampong Batu Gajah, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang, Setiap Hari
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah