Kenapa Namanya Janda Baik? Ini Dia Asal Usul Nama Tempat Pelancongan Terkenal Di Pahang

TARIKAN
June 21, 2021 - 07:15 PM


Memang Pahang antara negeri yang mempunyai kawasan pelancongan yang sering menjadi sebutan orang ramai seperti Cameron Highland, Genting Highlands, Bukit Tinggi, Bukit Fraser, dan juga Janda Baik. Antara yang menjadikan kawasan peranginan terkenal di Pahang menjadi pilihan yang mudah untuk orang ramai adalah kerana hampir kesemuanya terletak di tempat yang tinggi, ataupun redup dan tenang, menjadikan kawasan peranginan di Pahang sejuk, dan lokasi yang nyaman terutama sekali untuk orang bandar yang mencari ketenangan. 

Bercakap tentang Janda Baik, min pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada kalau nak pergi ke Janda Baik ataupun melalui lebuhraya dan ternampak pada papan tanda yang tertulis 'Janda Baik', kenapa nama tempat ni Janda Baik? Ke sebab memang tempat ni ada banyak janda yang baik baik? Hmm

Menurut kisah orang dulu-dulu yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi secara lisan, yang tidak dapat dikenalpastikan kesahihannya, mereka menyampaikan bahawa kawasan tersebut ditinggal oleh banyak wanita yang kehilangan suami yang mati di dalam peperangan di Selangor pada zaman dahulu. 

Menarik lagi, wanita ataupun janda-janda di sini dikatakan mempunyai peribadi yang baik dan selalu membantu masyarakat setempat, terutama antara satu sama lain kerana mereka senasib. Namun kesahihan cerita ini tidak dapat dikenalpasti. 

Namun, kisah yang paling menarik tentang asal usul nama Janda Baik pula diceritakan oleh Ketua Kampung Janda Baik sendiri Haju Zahari Arop yang mungkin hidup sezaman dengan generasi awal yang membuka kampung tersebut. 

Pada tahun 1930, kawasan Janda Baik ini didiami oleh Orang Asli yang berpindah ke Janda Baik dari Bentong kerana altitud yang lebih tinggi, bagi mengelak dari rumah ditenggelami air ketika banjir. Mereka yang mengasaskan kampung tersebut pula adalah Haji Deris, Haji Kadir dan Haji Yasir, memberikan cadangan kepada orang kampung asal cadangan agar nama kampung tersebut dijadikan Kampung Tiga Haji. 

Kemudian, muncul cerita tentang satu pasangan Orang Asli, Tok Batin Wok dan isterinya, Siah yang bertengkar kemudian berpisah selama sebulan, namun berdamai semula, dan cerita tersebut sampai ke Henry Peacock pegawai daerah Bentong, yang kemudian mencadangkan nama Janda Baik kepada Sultan Pahang Sultan Abu Bakar, yang membuat lawatan pertama ke situ pada tahun 1932. 

Baginda tertarik dengan cerita tersebut dan menamakan kampung tersebut secara rasmi dengan nama Janda Baik yang kekal hingga kini. Jadi, Janda Baik merupakan Siah yang bertengkar dengan suaminya, dan berpisah, kemudian berdamai semula. 

FAKTA MENARIK JANDA BAIK

Janda Baik merupakan salah satu daripada kawasan yang dicadangkan untuk dibinanya Putrajaya pada tahun 1995 bagi menggantikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbiran Malaysia kerana Kuala Lumpur menjadi semakin sesak ketika itu. 

Namun Janda Baik tidak dipilih, dan sebaliknya Prang Besar, Selangor yang dipilih menjadi tanah dimana Putrajaya berdiri sekarang. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah