Sedapnya Durian, Tapi Macam Mana Nak Hilangkan Bau & Panas Badan? Ini Rahsianya!

MAKAN
June 23, 2021 - 07:24 PM


Musim durian datang lagi di negara kita dan sudah pastinya mesti ramai di antara korang sudah mula beli durian banyak-banyak untuk simpan stok di rumah. Ada yang suka makan durian begitu sahaja dan ramai juga yang suka masaknya menjadi serawa durian. Makan dengan pulut bersama santan memang sedap.

Tetapi bila dah makan durian dalam kuantiti banyak badan kita akan mula rasa panas dari dalam dan semestinya tangan kita bau durian yang sangat kuat. Tetapi jangan risau ada petua nak hilangkan bau durian dan kurangkan panas badan selepas makan durian. Jom cuba petua ini.

1. ELAK PANAS BADAN SELEPAS MAKAN DURIAN 

  • Selepas makan durian tuangkan air mineral di dalam pangsa durian dan minum airnya.
  • Makan buah manggis selepas makan durian dikatakan dapat membantu mengeluarkan haba di dalam badan.
  • Minum jus belimbing yang dikisar dengan seratnya sekali.
  • Minum air kelapa selepas makan durian juga dapat mengurangkan panas badan. Air kelapa juga dikatakan dapat mengurangkan sendawa durian.

 2. HILANGKAN BAU DURIAN DI TANGAN 

  • Alirkan air paip di kulit durian. Basuh tangan korang dari air yang mengalir dari kulit durian tersebut.
  • Isi air di pangsa durian dan gunakan air tersebut untuk membasuh tangan.
  • Cuci tangan dengan menggunakan hirisan timun.

3. HILANGKAN BAU DURIAN DI MULUT 

  • Isi air di pangsa durian. Gunakan air itu untuk berkumuh.
  • Selepas makan durian, berkumuh dengan air berperisa limau.

4. HILANGKAN BAU DURIAN DALAM KENDERAAN 

  • Belah dua tangkai durian kemudian selitkan pada jejaring di alat hawa dingin.
  • Letakkan biji kopi di dalam bekas dan biarkan ia di dalam kenderaan. Aromanya yang harum dan kuat dapat membantu menghapuskan pelbagai bau yang kurang menyenangkan termasuk durian.
  • Jika ada bau durian di dalam kenderaan, cuba letakkan beberapa keping roti di dalam kenderaan tersebut dan biarkan beberapa hari. Roti dikatakan dapat menyerap bauan yang tidak enak tersebut.
  • Letak daun pandan di dalam kenderaan dan biarkan beberapa hari. Bau pandan tersebut akan dapat menghilangkan bau durian.
  • Letakkan beberapa ketul arang dalam bekas dan tinggalkan dalam kenderaan yang berbau durian untuk beberapa hari. Arang tersebut akan menyerap bau durian.

Sumber: Amir Hassan & My Resepi

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah