Villa Nadiah: Staycation Yang Cukup Memukau Di Janda Baik, Cantik Giler Wei!
JALAN-JALANAugust 11, 2021 - 03:57 PM
Memandangkan sekarang individu yang lengkap pengambilan 2 dos vaksin telah dibenarkan untuk lebih bebas beraktiviti terutama di negeri yang berstatus Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dan 3 -- seperti di Pahang.
Ini ada sebuah villa yang cukup mewah dan menarik untuk korang jadikan sebagai sebuah destinasi percutian bersama keluarga besar atau rakan-rakan korang yang juga sudah lengkap 2 dos vaksin nanti.
Terletak di Janda Baik, VILLA NADIAH ini sememangnya sebuah lokasi penginapan yang sangat perfect kerana dekorasi dalamannya yang moden dan berkaca, sangat luas, dilengkapi pelbagai kemudahan menarik serta berada di tengah-tengah alam semulajadi yang cukup menenangkan jiwa.
Villa Nadiah ini sangat sesuai kalau korang datang bercuti bersama ahli keluarga yang ramai dan rakan-rakan yang sekepala sebab villa ini boleh memuatkan sehingga 16 orang -- di mana ia menyediakan 7 buah bilik tidur, 12 katil dan 6 bilik mandi! Banyak, kan!!! Memang luas dan senang nak patuhi SOP penjarakan sosial...hehehe...
Berikut adalah pecahan bilik-bilik yang ada di Villa Nadiah :-
- Bilik tidur 1 = 1 katil queen, 1 katil sofa, 2 tilam lantai
- Bilik tidur 2 = 1 katil queen, 1 katil sofa, 2 tilam lantai
- Bilik tidur 3 = 1 katil queen, 1 katil sofa, 1 tilam lantai
- Bilik tidur 4 = 1 katil queen, 2 tilam lantai
- Bilik tidur 5 = 1 katil 2 tingkat, 1 tilam lantai
- Bilik tidur 6 = 1 katil queen, 1 katil sofa
- Bilik tidur 7 = 1 katil queen
Jadi kalau korang datang dengan keluarga besar, dah tak perlu pening-pening nak fikir mana datuk dan nenek nak tidur, mak ayah saudara, sepupu-sepapat, ipar-duai, adik-beradik atau mak ayah korang sendiri sebab ada 7 buah bilik yang disediakan. Kalau masih tak cukup, jangan risau kerana ada bantal, selimut dan tilam extra turut disediakan.
Ini pula antara kemudahan yang ditawarkan di Villa Nadiah yang lengkap dan mewah seperti korang menginap di hotel atau resort:-
- Dapur
- Wifi
- Tempat letak kereta percuma di premis
- TV dengan kabel standard
- Mesin basuh
- Mesin pengering
- Pendingin hawa
- Ketuhar
- Mesin Pembuat kopi
- Peralatan barbeku
Bercuti di Villa Nadiah ini korang takkan rasa bosan sebab banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan di sini seperti memasak, BBQ, bermain snuker, ping pong, karaoke dan bermain alat muzik.
Malah, perkhidmatan refleksologi dan urutan turut ditawarkan berdasarkan tempahan awal.
Jangan lupa yang Villa Nadiah ini juga mempunyai sebuah kolam renang yang cukup besar untuk anda sekeluarga bermandi-manda atau bersantai menikmati pemandangan pokok-pokok yang menghijau di sekitarnya.
Dah namanya pun villa mewah dan eksklusif, jadi memang rugi kalau korang tak ber-OOTD dan bergambar cantik di sini. Setiap sudut dalam dan luar villa memang lawa untuk korang posing!
Harga untuk semalam di villa ini adalah RM5,000. Memang berbaloi sebab korang boleh kongsi ramai-ramai dan segala kemudahannya pula memang first class. So worth it la kan....
Jadi jangan lupa share mengenai Villa Nadiah ini dengan ahli keluarga dan kawan-kawan untuk destinasi percutian nanti lepas korang semua dah lengkap 2 dos dan mencukupi syarat untuk ke Janda Baik ini nanti.
VILLA NADIAH
ALAMAT: Lorong Cherengin Tengah 1, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
FACEBOOK: Villa Nadiah
NO TEL: 012-208 9966
**Kredit Gambar: Airbnb
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah