Pelancong Kena 'Pancung' Ribuan Ringgit Makan Seekor Siakap Kat Langkawi! Gilerlah!
VIRALNovember 05, 2021 - 03:13 PM
Nampaknya bila Langkawi diserbu dengan kehadiran pelancong tempatan selepas dibenarkan untuk rentas negeri, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk 'pancung' harga makanan kaw-kaw di pulau peranginan tersebut.
Mana tidaknya, beberapa hari ini kecoh di media sosial dengan pendedahan kisah malang percutian mereka ke Langkawi disebabkan terpaksa membayar harga hidangan ikan siakap mencecah ribuan ringgit yang disifatkan netizen melampau serta 'berlevel kayangan'!
Pada mulanya, kisah siakap Langkawi mahal heboh apabila sekumpulan individu mendedahkan di Facebook mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat anggaran 7 kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini.
Kemudian rupanya ada juga sebuah keluarga ke Langkawi yang turut menerima nasib sama apabila terpaksa membayar hidangan tengah hari mereka berjumlah RM 1738.70.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.
“Dalam menu ada tulis RM18 bagi ikan, saya tanya apa? Dia (pekerja) beritahu harga bagi 100 gram ikan. Jadi harga bagi satu kilogram (kg) ikan adalah RM180.
“Dia cakap siakap itu besar, okeylah sebab 10 orang makan tetapi tidak beritahu beratnya mencecah 6kg,” katanya.
Menurut pengguna tersebut, dia berasa seolah-olah ditipu dan minuman yang dihidangkan iaitu air tembikai yang sangat mengecewakan.
Wanita itu memberitahu, sebaik hidangan sampai, dia terkejut dengan saiz ikan tersebut yang sesuai dimakan oleh dalam kumpulan yang ramai bukannya 10 orang.
Sumber: K! ONLINE
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah