Lepas Sembuh Dari Positif Covid-19, Jangan Buat Ujian PCR! Kenapa? Ini Sebabnya..
GAYA HIDUPFebruary 22, 2022 - 03:59 PM
Bagi anda yang pernah disahkan positif Covid-19 dan telah sembuh serta kembali negatif selepas melakukan kuarantin kendiri -- pastinya bakal mengalami dilema ini!
Iaitu berasa ragu-ragu dan trauma atau fobia untuk kembali bertemu dengan orang ramai ataupun keluar rumah. Betul tak?
Jadi apa yang terlintas di fikiran pastinya ingin memastikan diri sendiri telah benar-benar selamat dan virus Covid-19 betul-betul hilang dalam badan untuk kembali yakin bertemu dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, kan...
Cara yang pastinya menjadi pilihan ramai adalah dengan melakukan ujian RT-PCR (Reverse transcription polymerase chain reaction) atau RTK-Antigen.
Tetapi tahukah anda bahawa cara tersebut adalah salah dan tidak perlu untuk dilakukan pun kerana sudah tentu ia bakal memberikan keputusan menghampakan hati anda.
Kerana terdapat kes di mana ujian RT-PCR anda masih akan menyatakan bahawa anda positif.
Berikut adalah penjelasan daripada seorang petugas makmal dalam sektor perubatan dan content creator di TikTok, Pak Cik Bakar Baharom berhubung kenapa setelah positif Covid-19 kita tidak perlu melakukan ujian PCR!
@dodosentoso Jangan noya buat PCR byk byk kali lepas dah positive recently. Ingat ni sampaii mati. Tolong mdno share info ni boleh.?? #covid19 #rtpcr #medicallabscientist #fyp ♬ original sound - Pak Cik Bakar Baharo
Videonya yang tular dengan kapsyen ‘Kenapa jangan buat PCR banyak kali lepas recently positif! Jangan!’ telah meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan.
Jadi jangan risau! Jika anda dijangkiti virus Covid-19, apabila virus tidak lagi aktif, anda hanya perlu terus mengamalkan SOP dan anda boleh meneruskan kehidupan seharian anda seperti biasa!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah