Majoriti Rakyat Malaysia Mahu Pengeluaran Terakhir KWSP - Kajian

VIRAL
March 10, 2022 - 11:59 AM


Sebanyak 76% responden yang terlibat dalam kajian berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersetuju pengeluaran caruman terakhir.

Manakala 24% lagi tidak bersetuju, menurut Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Antara alasan responden yang memilih ‘Ya’ untuk pengeluaran KWSP ialah :-

1) Memerlukan wang untuk teruskan hidup (66%)

2) Dana sokongan kerana ketidakpastian sepanjang pandemik (58%)

3) Pelaburan untuk pulangan yang lebih baik daripada KWSP (28%)

4) Leisure (bercuti/beli gajet/fesyen) (10%)

5) Lain-lain (5%)

Alasan ‘Tidak’ oleh responden pula kerana :-

a) Bimbang persaraan (55%)

b) Pulangan KWSP baik dan selamat (44%)

c) Ekonomi semakin pulih dan yakin dapat tampung kehidupan (30%)

d) Tidak perlukan wang KWSP (23%)

e) Lain-lain (3%)

Dalam kaji selidik ini, 53% responden telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/i-Citra sementara 47% lagi tidak membuat sebarang pengeluaran.

Dapatan kajian itu, mendapati 69% responden yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/ i-Citra mengatakan mereka akan menyimpan semula jumlah pengeluaran mereka ke dalam akaun KWSP selepas ekonomi mereka pulih.

Sementara itu 31% lagi memilih ‘Tidak’.

Kaji selidik ini membabitkan 1,211 orang pekerja di Malaysia.

Seterusnya, kaji selidik bertanyakan sama ada pengeluaran lagi bakal memberi kesan kepada pelan persaraan mereka, keputusan menunjukkan 37% responden memilih ‘Ya’, 41% memilih ‘Tidak’ dan 22% mengatakan ‘Tidak Pasti’.

Majoriti yang telah membuat pengeluaran KWSP di bawah skim i-Sinar/i-Citra adalah daripada generasi X (79%) dan Generasi Y (70%).

Kedua-dua generasi ini juga memilih pengeluaran lagi daripada akaun KWSP dibenarkan dengan 86%.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah