ART Kuching – Kota Samarahan Dijangka Mula Beroperasi 5 Tahun Lagi
VIRALJanuary 06, 2020 - 02:24 PM
Kemudahan pengangkutan moden, Aliran Ringan Autonomus (ART) yang bagi laluan Kuching – Kota Samarahan dijangka dapat beroperasi menjelang tahun 2025 selepas tarikh permulaan projek berkenaan telah ditetapkan.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, projek ART berkenaan akan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.
Selain Kuching dan Kota Samarahan, sistem pengangkutan ini akan melibatkan beberapa lagi kawasan termasuk Batu Kawa, Bau, Lundu dan Sematan.
Merupakan alternatif kepada LRT, ART merupakan sistem pengangkutan moden yang turut digunakan di negara China, Korea dan Jepun dan penggunaan sistem ini di laluan Kuching – Kota Samarahan mampu meredakan dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh pengguna jalan raya terutamanya pada waktu puncak.
Menggabungkan sistem kereta api, trem dan juga bas, ART adalah sistem kereta api pintar yang akan bergerak di atas sensor dan ini semestinya bakal menjimatkan belanja berbanding LRT yang pada awalnya diumumkan bakal dibina di Sarawak.
Selain sistem ART, bagi mengurangkan masalah kesesakan selain memberi manfaat kepada penduduk tempatan, Kerajaan Sarawak bakal membina sebuah lagi jambatan untuk tujuan menyeberangi Sungai Sarawak dari Kota Samarahan.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah