Jaga Diri Korang Yang Ada Di Sarawak, Jerebu Dijangka Melanda
VIRALAugust 12, 2020 - 01:33 PM
Bagi korang yang akan bercuti ke Sarawak atau sedang berada di tanah Bumi Kenyalang itu, mungkin korang dah boleh bersiap sedia bagi menghadapi situasi cuaca berjerebu.
Ini kerana Sarawak berdepan kemungkinan tinggi dilanda jerebu berikutan peningkatan bilangan titik panas yang ketara di selatan dan barat wilayah Kalimantan di Indonesia dan bakal membawa jerebu rentas sempadan selain jerebu setempat akibat kebakaran terbuka.
Antara lokasi yang dikhabarkan bakal terjejas adalah di bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata arah angin dari barat daya dijangka dominan untuk tempoh beberapa hari akan datang dan turut mempengaruhi kualiti udara di sana.
“Negara kini berada dalam fasa Monsun Barat Daya yang dijangka berlanjutan sehingga September atau awal Oktober, dan cuaca semasa musim ini lazimnya akan lebih kering dengan jumlah hujan sedikit berbanding bulan-bulan yang lain"
"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) pada 8 Ogos, terdapat peningkatan bilangan titik panas yang ketara di selatan dan barat Kalimantan (dan) pada hari yang sama, mengesan sebanyak 37 titik panas di Sarawak," katanya.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu berkata JPBN Sarawak telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat bahagian dan daerah di negeri tersebut untuk mengaktifkan pemantauan mereka terhadap titik panas menerusi kerjasama agensi yang berkenaan serta bertindak pantas jika berlaku kebakaran.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah