Patutlah Sekarang Rasa Bahang Je, Rupanya Malaysia Alami Musim Panas & Kering Hingga September Ini
VIRALJuly 22, 2021 - 02:44 PM
Patutlah sehari dua ini cuaca panas terik dan bila malam panas je rasanya sampai susah nak tidur...
Rupa-rupanya negara kita sekarang ini sedang mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering dijangka sehingga pertengahan September.
Bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) -- tiada gelombang haba dilaporkan berlaku di Malaysia setakat ini.
Jabatan itu memaklumkan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara dan menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.
"Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba," menurut kenyataan MetMalaysia menerusi emel mengenai cuaca panas dialami negara pada masa ini.
Selain itu, MetMalaysia memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu melebihi 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan lebih daripada 40 darjah Celsius.
Untuk rekod -- 40.1 darjah Celsius adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino terkuat melanda negara pada 1998.
"Dari segi perubahan cuaca, kami menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi pada pertengahan September disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak," menurut MetMalaysia.
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah