Malaysia Dijangka Alami Cuaca Panas Bermula 18 Mei Ini Hingga September
VIRALMay 15, 2020 - 11:57 AM
Tidak lama lagi, Malaysia bakal dilanda dengan cuaca panas dan kering apabila berlakunya Monsun Barat Daya!
Keadaan cuaca panas itu dijangka bermula pada 18 Mei ini dan akan berterusan sehingga pertengahan September nanti -- menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan dalam tempoh berkenaan.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata -- kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak yang akan menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Ogos dan September.
Manakala, kawasan barat dan pedalaman Sarawak dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Mei dan Jun.
Sementara di timur Sabah dijangka menerima hujan sedikit bawah purata pada bulan September dan Oktober.
Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.
Jerebu tempatan atau merentas sempadan boleh berlaku sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak terkawal.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan sebarang aktiviti luar, mengelakkan dari melakukan pembakaran terbuka, minum air yang banyak dan memakai penutup hidung dan mulut yang bersesuaian sekiranya keadaan berjerebu.
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah