Ebit Lew Memberi Semangat Terhadap Mangsa Banjir, Hadiahkan Kediaman Baru
VIRALJanuary 27, 2022 - 10:32 AM
Mesti anda masih ingat kan, tentang kisah seorang warga emas yang viral di segala platform medai sosial di mana rumah pusakanya yang hanyut akibat banjir yang melanda ibu negara yang lalu.Rumah pusaka yang sekian lama menjadi tempat berteduhnya, hanya tinggal tangga batu sebagai memori yang terpahat dalam ingatannya.
Warga emas yang berusia 76 tahun itu adalah Rohana Mahfuz. Baru-baru ini, penceramah dan dermawan Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kediaman yang baru demi mengembalikan semangat nenek tersebut. Ebit Lew mendedahkan melalui posting di Favebooknya, bahawa sudah sebulan wanita yang disapanya sebagai ‘nenek’ buntu bagaimana untuk membina rumah pusakanya.
“Syukur dapat hadiahkan nenek Rohana Mahfuz 76 tahun rumah baru. Setelah rumahnya hanyut banjir di Hulu Langat. Semuanya habis cuma tinggal tangga. Kami akan bina semula rumah. Menangis jer dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu sahaja saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga,” kata Ebit Lew.
Sumber: Vocket
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah