Genting SkyWorlds Taman Tema Bernilai Lebih Dari RM3.2 Bilion Bakal Dibuka Pada Tahun Ini

VIRAL
February 23, 2021 - 05:57 PM


Akhirnya! Taman Tema Genting SkyWorlds bakal dibuka untuk orang ramai pada suku kedua tahun ini. Dan ini sudah pasti akan merancakkan semula sektor pelancongan domestik di Malaysia. Pengumuman ini telah dibuat oleh Resorts World Genting (RWG) milik Genting Malaysia Bhd pada hari ini. Menurut laporan, taman tema ini telah menelan belanja sebanyak USD800 million (RM3.2 bilion)!

Menurut Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi Resorts World Genting, Lee Thiam Kit, taman tema ini terletak pada ketinggian 6000 kaki dari paras laut sekaligus menjadikan Genting SkyWorlds antara taman tema paling unik bukan sahaja di Malaysia dan Asia Tenggara, tetapi di seluruh dunia. Ini adalah hasil kerja keras oleh pasukan mereka dan kerjasama dari serata dunia.

Genting SkyWorld mempunyai beberapa tarikan buat pelancong iaitu Eagle Mountain, Liberty Lane, Central Park, Robots Rivet Town, Ice Age, Andromeda Base, Rio, Studio Plaza, dan Epic. Yang lebih menakjubkan, Genting SkyWorlds dikatakan boleh memuatkan sehingga 20,000 orang pelancong pada satu masa! Memang sangat menakjubkan.

Genting SkyWorlds juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti restoran, lokasi untuk membeli-belah, dan pelbagai hiburan lain. Ia juga akan dibuka kepada pelancong tempatan terlebih dahulu apabila PKP dilonggarkan dan merentas negeri dibenarkan. Tumpuan kepada pelancong tempatan akan diberikan selama 6 bulan hingga 1 tahun selepas taman tema ini dibuka.

Sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah