Giler, Harga Tiket Sehari RM200 Nak Masuk Taman Tema Genting Skyworlds!
VIRALJanuary 25, 2022 - 01:03 PM
Bila dengar khabar bahawa Taman Tema Genting Skyworlds bakal dibuka pada suku pertama tahun ini, pasti ramai yang dah tak sabar nak mengunjunginya, kan?
Tetapi korang tahu tak bahawa kadar tiket hariannya dijangka adalah sekitar RM200!
Ya, betul itu yang dinyatakan oleh bank pelaburan, Affin Hwang Investment Bank dalam nota penyelidikannya bahawa disebabkan taman tema berkenaan terpaksa akur dengan SOP Covid-19 menyebabkan mereka bakal mengehadkan kunjungan kepada hanya 10,000 pengunjung sehari berbanding kapasiti sebenar sebanyak 20,000 pengunjung.
"Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti yang dikurangkan, kami percaya taman hiburan ini berkemungkinan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal.
"Bagaimanapun, pada pandangan kami Genting Malaysia masih akan meneruskan pembukaannya, kerana objektif utama taman hiburan ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland, dengan menambah baik kemudahan bukan perjudian.
"Apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun sebanyak 6,600 sehari atau 2.4 juta pengunjung pada tahun 2014.
"Berdasarkan petunjuk pengurusan sebelum ini, bayaran masuk akan menyamai dengan pesaingnya yang lain. Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari," katanya.
Dalam pada itu Affin Hwang berkata, walaupun taman tema baharu itu dijangka memberi rangsangan kepada jumlah lawatan secara keseluruhannya, ia meragui Genting Skyworlds akan menjadi pemangkin penarafan semula untuk saham.
Katanya, ini memandangkan kebanyakan penganalisis dan pelabur mengambil kira kesan daripada pembukaan dalam kiraan mereka, apabila pengurusan sebelum ini sudah memberi panduan bahawa mereka mula melakukan ujian di taman tema itu sejak suku keempat 2021.
"Bagaimanapun, mungkin terdapat risiko kepada harga sahamnya jika taman tema ini ditangguhkan pembukaannya selepas separuh pertama 2022, kerana ia akan melembapkan sentimen pelabur terhadap saham Genting Malaysia," katanya.
Sumber: Berita Harian
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah