Jom Bawa Anak-Anak Beriadah Di Taman Tasik Titiwangsa Versi Baru, Ahad Ini!
VIRALDecember 10, 2019 - 10:39 AM
Pada hujung minggu ini sekiranya anda tidak tahu mahu membawa anak-anak beriadah ke mana, mungkin anda boleh membawa mereka menjadi antara pengunjung terawal yang menikmati wajah baru Taman Tasik Titiwangsa yang akan dibuka semula sepenuhnya pada Ahad ini (15 Disember).
Taman rekreasi di tengah-tengah ibu kota itu akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam pada setiap hari.
Antara beberapa pembaharuan yang dijangka bakal menjadi tarikan di taman berkenaan adalah:
- Kanopi Banjaran Titiwangsa (dataran)
- Laman Kerawang
- Taman Air Kanak-Kanak
- Taman Permainan Kanak-Kanak
Pada masa sama, taman tersebut juga turut diubahsuai berkonsepkan 'ínclusivity' iaitu boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang terbatas dari segi fizikal seperti orang kurang upaya (OKU).
Jika berkunjung ke sana nanti, jangan lupa untuk membawa anak-anak berseronok di tarikan utama taman berkenaan iaitu 'High Fountain Jet' yang bertaraf antarabangsa di tasik itu kerana mempunyai keupayaan pancutan air setinggi 100 meter.
Sebelum ini, Taman Tasik Titiwangsa ditutup selama lebih setahun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan yang berkeluasan kira-kira 20.23 hektar serta menjadi tumpuan rekreasi warga kota.
Perasmian taman baharu itu dijangka hanya diadakan pada tahun 2020.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah