Kekerapan Tren LRT Diubah Kepada 10 Minit Sekali, Bermula Jumaat Ini
VIRALMarch 18, 2020 - 07:47 PM
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan, Rapid KL turut mengambil langkah bersesuaian untuk memenuhi keperluan pengguna yang masih menggunakan perkhidmatan tren itu.
Bermula Jumaat ini (20 Mac 2020), kadar kekerapan tren bagi LRT akan diubah kepada setiap 10 MINIT SEKALI, bermula pukul 6 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum.
“Jika kami dapati kekerapan ini perlu dipendekkan lagi, tren tambahan akan digunakan. Sepanjang tempoh ini juga, kami nasihatkan pengguna yang perlu menggunakan perkhidmatan kami untuk perancang perjalanan dengan baik,” kata CEO Rapid Rail Sdn Bhd, Abdul Hadi Amran.
“Kami juga ingin memastikan bahawa kerja-kerja pembersihan di stesen dan juga dalam kabin akan dijalankan secara berterusan untuk memastikan tahap keselematan semua, yang selalu menjadi keutamaan kami,” tambah beliau.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini daripada laman Facebook, Twitter atau Instagram rasmi Rapid KL. Selain itu, boleh juga menghubungi talian Rapid KL Helpline 03-7885 2585.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah