Viral Video Pintu LRT Tiba-Tiba Terbuka. Penumpang Cuak, RapidKL Mohon Maaf!

VIRAL
July 27, 2021 - 09:55 PM


Siapa dekat sini merupakan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam terutama tren Transit Aliran Ringan (LRT)? Apa perasaan korang sekiranya tengah berada di dalam LRT tiba-tiba pintu tren terbuka sepanjang perjalanan di atas trek? Menakutkan, kan?

Itu yang berlaku kepada 7 orang penumpang di dalam tren LRT pada Isnin (26 Julai) apabila melalui detik-detik cemas berikutan sebuah pintu tren terbuka luas secara tiba-tiba.

Insiden berkenaan telah dirakam oleh salah seorang penumpang dan menjadi viral di laman media sosial.

Dalam kejadian sekitar 3.01 petang itu, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren berkenaan dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenal pasti secepat mungkin.

Perkhidmatan tren itu terus dihentikan dalam masa kurang daripada dua minit dan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) terus menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera.

Sementara itu, Prasarana menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai susulan insiden malang berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Rapid KL berkata pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang.

Sumber: Astro Awani

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah