Kuala Lumpur Berada Di Kedudukan 38, Lokasi Paling 'Instagrammable' Dunia Untuk Tahun 2022
VIRALJanuary 19, 2022 - 03:56 PM
Malaysia negara tercinta kita banyak kali dah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sering menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan pelancong antarabangsa kerana keunikan negara kita yang tersendiri.
Namun, di era digital yang mana kebanyakannya adalah pengguna media sosial dan internet, destinasi yang menjadi pilihan mesti la 'insta-worthy' atau 'Instagrammable' untuk menarik pelancong era baru.
Baru-baru ini, satu portal travel antarabangsa iaitu Big Seven Travel meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke-38 dalam senarai 'Lokasi Instagrammable' untuk tahun ini. Senarai tersebut mempunyai 50 lokasi kesuluruhannya.
List kali ini menyatakan tempat yang paling 'Insta-worthy' di Kuala Lumpur adalah hutan menghijau KL Forest Park, Batu Caves yang penuh warna-warni, dan juga Tokong Thean Hou yang tersergam indah.
Sementara itu, jiran kita Singapura gah berada di tangga teratas senarai. Portal itu menyatakan Singapura penuh dengan lokasi untuk bergambar seperti Supertree Grove at Gardens by the Bay, dan juga Haji Lane yang cukup meriah dengan seni dan budaya.
Mereka juga melabelkan Singapura sebagai salah satu hub seni di Asia, yang mampu mengadakan pameran-pameran unik yang menjadi daya tarikan pengguna media sosial.
Korang boleh checkout senarai penuh di sini !
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah