Kerana Penangan Nasi Lemak, Mat Saleh Ini Sanggup Terbang Ke Malaysia Dari Greece!

VIRAL
November 11, 2019 - 03:47 PM


Anda pernah tak buat kerja gila travel jauh-jauh semata-mata sebab teringin atau mengidam makanan di negara luar seperti Thailand atau Indonesia yang memang terkenal dengan pelbagai menu sedap dan lazat?

Mesti pernah, kan? Kalau tak, takkanlah berduyun-duyun rakyat Malaysia bercuti ke Hatyai atau Bangkok semata-mata nak pekena Tomyam, kerabu, penkek atau pulut ayam Thai. 

Tapi korang jangan asyik agungkan makanan luar je, sebab hidangan tradisional kita pun tak kurang hebatnya tau!

Buktinya hanya kerana penangan Nasi Lemak Malaysia, seorang warga Britain berusia 45 tahun sanggup terbang beribu-ribu kilometer dari Greece ke Kuala Lumpur semata-mata nak menikmati sepinggan makanan popular kita itu.

Usahawan online dan bintang YouTube, Darren Cronian pada awalnya merancang untuk menghabiskan musim sejuk di Greece, namun apabila ternampak gambar sepinggan nasi lemak yang ‘menggiurkan’ di Instagram, beliau serta-merta menukar rancangannya.

Bercakap kepada Malay Mail, Cronian memberitahu : 

"Saya terbang dari Athens ke Singapura, yang mengambil masa kira-kira 11 jam. Selepas persinggahan enam jam di Singapura, saya ke Kuala Lumpur. Setibanya di Kuala Lumpur, tanpa berlengah lagi saya terus menikmati sepinggan nasi lemak dengan ayam goreng tanpa mempedulikan kesan 'jet lag' "

‘Cinta’ Cronian terhadap nasi lemak mula berputik lima tahun lalu apabila beliau pertama kali mengunjungi Malaysia dan menjamu hidangan itu.

"Ia hidangan yang pertama saya cuba di Kuala Lumpur. Seperti warga Britain yang lain, saya memakan setiap lauk di pinggan secara berasingan. Setelah melihat rakyat tempatan makan menggunakan tangan dan menggaul kesemua bahannya, saya tergerak untuk menirunya," tambah beliau lagi.

Cronian yang menggemari makanan pedas mengakui bahawa hidangan itu lebih lazat dimakan apabila dimakan dengan cara penduduk tempatan.

Selain nasi lemak, beliau juga pernah mencuba pelbagai hidangan tempatan lain seperti laksa Sarawak, mi goreng mamak, mee kolok dan manisan tradisional India.

Nah, anda boleh tengok video perjalanan Cronian demi sepinggan Nasi Lemak Malaysia!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah