Tak Tahu Nasi Lemak Hidangan Popular Malaysia, Wartawan UK Diserang Netizen!
VIRALJanuary 17, 2020 - 03:50 PM
Setiap kali melancong ke negara orang, antara maklumat paling penting yang perlu kita ketahui ialah budaya, adat dan jenis makanan tradisi mereka.
Ini kerana jika kita silap info dan main kritik je, tak pasal-pasal kita juga yang bakal kena kecam oleh rakyat di sesebuah negara tersebut seperti yang dialami oleh seorang wartawan wanita dari United Kingdom.
Katie Morley menerusi Twitternya dikatakan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan oleh British Airways dalam satu penerbangan yang mengambil masa selama 13 jam.
Wartawan The Telegraph itu memperkecilkan nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat dengan memberikan nilai 0/10 memandangkan ia hanyalah hidangan berupa kari ayam dengan telur rebus serta ikan bilis berlendir.
In the name of public interest, am sharing this wickedly bad meal British Airways treated me to during a 13hr flight. Behold: chicken curry served with anaemic boiled egg, topped with smelly, slimy anchovies. ANCHOVIES. I quite like plane food usually, and this was a 0/10 🤢 pic.twitter.com/ZmgbGa6znV
— Katie Morley (@KatieMorley_) January 15, 2020
Postingnya ternyata viral dan mengundang kemarahan netizen khususnya dari Malaysia dan menganggap Morley tidak peka serta sensitif dengan makanan kegemaran masyarakat di Asia.
Bagaimanapun, selepas dikecam hebat, Morley akhirnya memohon maaf dan memaklumkan tidak mempunyai niat bagi memperkecilkan apatah lagi menghina nasi lemak yang dianggap hidangan kebangsaan negara ini.
Many Malaysians have got in touch to say the meal I tweeted about yday is a popular national dish. I’d not come across it before & meant no offence. As many have pointed out, I was clearly served a v poor version by BA. Sure it can be lovely & hope to try the real thing one day!
— Katie Morley (@KatieMorley_) January 16, 2020
"Ramai rakyat Malaysia menghubungi saya dan memberitahu nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan yang popular. Saya tidak pernah merasai masakan itu sebelum ini dan tidak berniat menghina mana-mana pihak.
"Seperti yang telah dinyatakan, saya dihidangkan dengan versi yang kurang baik oleh BA. Saya pasti ia sedap dan berharap dapat cuba masakan yang sebenar satu hari nanti!" tulisnya dalam Twitter malam tadi.
P/S: Jadi 'moral of the story' kalau nak kecam apa-apa, pastikan anda telah kaji segala info mengenai perkara yang ingin dikecam, kalau tak anda bersedialah pula untuk 'ditembak'! Hehehe...
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah