MySejahtera Vaccination Akan Dilancarkan Pada Hujung Januari Ini

VIRAL
January 26, 2021 - 05:17 PM


Aplikasi MySejahtera merupakan salah satu alat yang penting bagi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari maklumat kontak rapat pesakit COVID-19 di Malaysia. Dan baru-baru ini KKM telah membuat pengumuman aplikasi MySejahtera akan dikemas kini pada hujung bulan ini untuk menunjukkan mereka yang layak menerima vaksin COVID-19.

Dengan update ini, mereka boleh memastikan program vaksinasi dapat dijalankan dengan lebih lancar. Di dalam aplikasi tersebut, korang boleh lihat info seperti pendaftaran, jadual suntikan, dan pemantauan. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan Kementerian Kesihatan Dr. Mahesh Appannan menyarankan agar rakyat Malaysia muat turun aplikasi tersebut.

Menurut Dr Mahesh, aplikasi MySejahtera kini telah dimuat turun oleh 27,313,193 pengguna di Malaysia dan versi aplikasi sekarang ini adalah 1.25. Update 1.26 akan dilancarkan pada hujung bulan ini bukan sahaja untuk program vaksinasi, tetapi bagi memastikan MySejahtera terus berfungsi dan berjalan lancar buat pengguna di Malaysia. 

Jadi kalau korang belum muat turun aplikasi ini dalam phone, korang dah boleh mula sekarang. Ini bagi membantu negara kita juga. Lagi cepat semua ni selesai, lagi cepat kita boleh kembali ke hidup kita seperti zaman sebelum wabak COVID-19. Jaga diri okay? 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah