Sebab Tak Scan MySejahtera, Habis Melayang RM1,000 Kena Saman

VIRAL
January 20, 2021 - 05:33 AM


Sekarang ni kita dalam PKP 2.0, dan seperti mana yang telah dimaklumkan semalam, 6 lagi negeri bakal diletakkan di dalam status PKP sehingga 4 Febuari 2021. Salah satu denda melanggar perintah PKP ini adalah bayaran kompaun yang dikenakan sehingga RM1,000 kepada pesalah. Dan baru-baru ini viral di Facebook apabila seorang netizen di saman hanya kerana tidak scan kod MySejahtera.

Kejadian tersebut berlaku apabila individu ini ingin mengeluarkan duit pada 9.45 malam di CiMB Bank Taman Chukai Utama di Terengganu. Menurut gambar saman yang di muat naik, kesalahan individu tersebut adalah 'tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera'. Oleh itu individu tersebut telah disaman sebanyak RM1,000.

Kebanyakan pengguna yang melihat posting ini rata-ratanya menyokong tindakan polis tersebut. Ini merupakan satu amaran kepada netizen lain agar tidak mengambil mudah apabila keluar dari rumah walaupun sekadar ingin mengeluarkan duit. Aplikasi MySejahtera banyak membantu KKM dalam 'tracing' kontak rapat sekiranya salah seorang dari mereka disahkan positif COVID-19.

Jadi kalau korang nak keluar ke rumah tu sila jangan lupa untuk memakai penutup muka dan scan kod MySejahtera tu ya. Bukan apa, kes sekarang ni makin tinggi dan kita pun nak bantu rakyat Malaysia untuk mengurangkan jumlah kes positif. Nanti tak pasal-pasal je melayang duit korang, RM1,000 tu bukan sikit tau. Jumlah yang besar tu lagi-lagi dalam keadaan ekonomi kita sekarang ni.

Sumber: Penang Kini

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah