Resort Di Pulau Redang Kembali Dibuka!

VIRAL
March 02, 2022 - 01:51 PM


Sebanyak tujuh resort di Pulau Redang di sini, kembali beroperasi selepas ditutup pada musim tengkujuh dan sedia menerima kedatangan pelancong. 

Pengurus Redang Pelangi Resort, Foo Ee Lin berkata, tempahan bilik kini mencecah 60 peratus sejak mula beroperasi, semalam. 

“Lebih 20 pelancong termasuk dari Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan serta Terengganu mendaftar masuk pada hari pertama resort dibuka dan jumlah itu dijangka terus meningkat terutama pada musim cuti sekolah ini. 

“Rata-rata pelanggan teruja bercuti dan dengan pengoperasian bangunan baharu kita, sekali gus mampu memberi lebih kepuasan kepada pelancong,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. 

Ee Lin berkata, walaupun cuaca buruk melanda pulau-pulau peranginan baru-baru ini, tetapi keadaan sudah kembali pulih. 

Selain Redang Pelangi Resort, turut memulakan operasi semalam ialah Lagoon Resort. Lima lagi resort iaitu Redang Beach, Laguna, Reef, Sari Pacifica dan Bay beroperasi esok. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah