Trafik Di Lapangan Terbang Kita Dijangka Mula Sibuk Akhir Tahun Ini

VIRAL
August 24, 2021 - 05:22 PM


Memandangkan usaha vaksinasi terhadap rakyat Malaysia semakin menampakkan hasil apabila jumlah pesakit yang dimasukkan ke wad semakin berkurangan -- justeru Kerajaan juga telah memberikan beberapa kelonggaran pergerakan mengikut status fasa negeri menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagi negeri yang berstatus Fasa 2 dan 3, mereka yang lengkap pengambilan 2 dos vaksin dibenarkan untuk merentas daerah dan bercuti domestik di negeri masing-masing.

Oleh itu, ramai yang menjangkakan akan ada lebih banyak kelonggaran termasuk rentas negeri menjelang hujung tahun ini.

Malah, trafik penumpang di lapangan terbang Malaysia juga turut dijangka kembali meningkat akhir tahun ini berdasarkan kepada kelonggaran sekatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata Malaysia akan dapat mencapai sasaran imuniti kelompok pada Oktober ini berdasarkan kadar vaksinasi yang pantas dengan lebih 50 peratus penduduk mendapat vaksin lengkap dua dos.

Justeru, beliau mengunjurkan keadaan trafik penumpang juga akan bertambah baik apabila sekatan rentas negeri mula dilonggarkan tidak lama lagi.

"Kita boleh menjangkakan trafik penumpang domestik akan mendapat daya tarikan apabila 70 hingga 80 peratus penduduk telah mendapat vaksinasi lengkap.

"Malah, ia juga akan disokong oleh peningkatan kegiatan ekonomi berdasarkan pembukaan semula lokasi pelancongan tempatan dan pelancongan Visiting Friends and Relatives (VFR).

"Pengumuman terbaharu yang dibuat oleh kerajaan membenarkan beberapa kemudahan kepada individu yang mendapat vaksin lengkap termasuk gelembung perjalanan ke Langkawi adalah petunjuk awal pemulihan trafik penumpang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah