4 Pasar Menarik Yang Boleh Anda Singgah Di Sabah

TARIKAN
September 24, 2019 - 06:25 PM


Sabah, negeri yang berada di bahagian utara Pulau Borneo ini sangat terkenal dengan pelbagai destinasi dan tarikan yang menarik. Kebiasaannya, bila sebut Sabah, kita akan terbayangkan Gunung Kinabalu. Kalau tidak pun, peraiaran yang cantik di Pulau Sipadan atau Mabul.

Selain daripada tarikan semulajadi di Negeri Di Bawah Bayu ini, korang boleh cuba ke pasar – pasar yang ada di sekitar Sabah. Walaupun kedengaran seperti tak menarik, sebenarnya pasar disini memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian masyarakat disana. Kalau pandai tawar, boleh bawak balik makanan kering yang murah dan susah nak cari di Semenanjung Malaysia.

Biasanya kalau orang yang minat dengan ‘culture’ tempatan, diorang akan suka ke pasar dan sebagainya. Sebabnya inilah kehidupan sebenar sehari – hari masyarakat setempat. Kalau korang ringan mulut, boleh dengar pengalaman dan sebagainya.

Kalau korang ada perancangan ke Sabah, korang boleh singgah di salah satu daripada 4 pasar yang patut korang singgah di Sabah.

#1. Tamu Kota Belud – Sabah

Salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan warga tempatan ialah korang pergi ke pasar. Boleh mulakan dengan Tamu Kota Belud yang merupakan pasar terbesar dan paling terkenal di Sabah.

Makna ‘Tamu’ itu sendiri bermaksud perjumpaan dan dekat sinilah tempat biasa orang tempatan yang terdiri daripada penjual, petani dan nelayan berjumpa dan bertukar – tukar barang jualan selain kegiatan ‘membawang’.

Kalau minat kopi, korang kena cuba Kopi Tenom! Kopi keluaran tempatan dan kopi jenama tertua di Sabah.

 

#2. Gaya Street Market – Kota Kinabalu

Pasar Minggu Jalan Gaya. Kalau dah namanya pasar minggu, ia hanya dibuka pada hari Ahad lah ye. Gaya Street ni kalau nak tahu, ia diberikan jolokan ‘chinatown’ di Sabah disebabkan populasi peniaga dan restoran di sepanjang jalan ini kebanyakkannya berbangsa cina.

Pada asalnya, nama tempat ini dikenali sebagai Bond Street. Menariknya disini, kebanyakan peniaga adalah perniagaan turun temurun yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Kalau nak diikutkan suasana, sangat meriah. Panjang pasar ni boleh dikatakan 1km (mungkin lebih mungkin kurang).

Macam – macam benda dijual dekat sini, baik pakaian, cendera hati, makanan dan macam – macam lagi. Kalau nak cari t-shirt untuk oleh-oleh, boleh dapat dekat sini.

 

#3. Pasar Tanjung Tawau – Tawau, Sabah

Selain makanan laut segar, Sabah juga sebenarnya terkenal dengan makanan laut yang dikeringkan dan ia menjadi ‘kegilaan’ di Asia. Kalau korang ke Sabah, dan berada di kawasan Tawau, cuba beli makanan kering seperti ikan bilis, ikan kering dan sebagainya di Pasar Tanjung Tawau ni.

Pasar tiga tingkat ini merupakan syurga buat penggemar makanan kering. Sebut sahaja apa yang dimahukan, ikan kering, udang kering, ikan bilis, sotong semuanya ada lah! Cuma, kalau beli nak bawak balik semenanjung, pastikan korang bungkus betul – betul lah. Cakap je kat peniaga tu, nak bawak naik flight. Pandailah diorang bungkuskan.

Difahamkan, ada UTC Tawau juga disini. Pasar di tingkat bawah, UTC di tingkat atas.

 

#4. ASquare Container Market – Kota Kinabalu, Sabah

Untuk golongan muda, korang mesti suka ASquare Container ni. Macam konsep yang ada dekat semenanjung jugak, peniaga akan berniaga menggunakan kontena.

TAPI, yang container market ni, tidaklah menjual barang – barang macam 3 pasar diatas tadi, uyang ini lebih kepada makanan. Macam konsep kafe – kafe kontena yang ada dekat KL ni juga. Kelebihannya cuma korang boleh dapatkan pelbagai makanan tradisional Borneo disini.

Lebih daripada 60 peniaga makanan dan air dan ia dibuka dari 5 petang hingga 11 malam.

Lokasi : Jalan Centre Point, Api – Api Center, KK.

Sumber – Gaya Travel

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah