Jom Naik Percuma KL Hop-On Hop-Off Hingga 30 Jun Ini
TARIKANJune 15, 2020 - 02:21 PM
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita telah dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan domestik, termasuk jalan-jalan merentas negeri.
Namun bagi anda yang tidak mempunyai masa senggang untuk digunakan bagi bercuti lama, tetapi masih mahu merasai pengalaman ronda-ronda Kuala Lumpur -- apa kata anda cuba perkhidmatan bas dua tingkat Hop-On Hop-Off kerana ia ditawarkan secara PERCUMA kepada warganegara Malaysia sehingga 30 Jun ini!
Berjalan-jalan menaiki bas double decker dengan pemandangan terbuka ini bukan sahaja memberi pengalaman merasai suasana ibu kota yang mempesonakan, bahkan mengelakkan kita terpaksa menempuh kesesakan trafik di jalan raya.
KL Hop On Hop Off menghubungkan ke lebih 60 tempat & tarikan di Kuala Lumpur dengan 27 hentian -- dari bangunan tinggi hingga pencakar langit, menuju tempat-tempat bersejarah dan lokasi rekreasi dengan pemandangan hijau di tengah-tengah ibu kota pastinya meninggalkan kenangan manis buat anda dan keluarga.
TIKET
Bagi tiket percuma bulan ini, KL Hop On Hop Off hanya menawarkan tiket terhad 24 JAM.
Tiket boleh didapati di pick-up point pertama iaitu di Hentian Bukit Bintang atau boleh ditempah melalui atas talian (online) sahaja di sini: KL HOP-ON HOP-OFF
TIPS: Penting agar anda menyimpan tiket anda sepanjang masa, kerana tiket tersebut akan menjadi pemeriksaan tiket dari semasa ke semasa.
PERKHIDMATAN
Jelajah ke lebih daripada 60 lokasi menarik dan terbaik di seluruh ibu kota dengan 27 hentian.
TIPS: Kami mengesyorkan agar anda memulakan lawatan pada waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas selepas jam 4 petang.
Grafik di atas menunjukkan Peta Pelancongan yang ditawarkan jika anda menaiki KL Hop On Hop Off.
Jangan risau kerana KL Hop On Hop Off juga mengamalkan SOP yang bersesuaian dengan norma baharu seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti penjarakan sosial kepada penumpang ketika di dalam bas seperti mana gambar rajah di bawah.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah