Anda Penggemar Karya Seni? Balai Seni Negara Dah Dibuka Semula, Ada 2 Pameran Khas Untuk Anda!
TARIKANJune 25, 2020 - 12:51 PM
Anda penggemar karya seni dan lukisan kreatif?Jika ya, ini berita baik untuk anda!
Balai Seni Negara telah mula dibuka kepada pengunjung mulai Selasa lepas dan bersempena pembukaan semula itu, 2 buah pameran khas diadakan untuk tatapan orang awam.
Kedua-dua pameran itu diadakan di tingkat pertama Balai Seni Negara iaitu Galeri Tun Razak - di mana 37 karya seni dari koleksi tetap galeri itu dipaparkan dalam bentuk media baharu.
Manakala di Galeri Potret menempatkan karya solo Anthony Chan berjudul From My World To Yours.
From My World To Yours akan dipamerkan kepada orang ramai sehingga 6 September manakala pameran di Galeri Tun Razak sehingga akhir tahun ini.
Bagaimanapun setakat ini, Balai Seni Negara hanya menghadkan 30 pengunjung pada satu-satu masa dan ia akan dibahagikan antara Galeri Tun Razak (20 pengunjung) dan Galeri Potret (10 pengunjung).
Malah, Balai Seni Negara turut melaksanakan SOP yang ketat bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk masuk ke galeri ini.
Ia dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Hanya mereka yang berumur di antara 14 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan masuk dan pengunjung digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan jarak sosial pada setiap masa.
ALAMAT : Balai Seni Negara, No 2,Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
NO TEL : 03-4026 7000
Sumber: Mstar
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah