Kreatif Anak Ganu Ni, Ubahsuai Bas Mini Jadi Surau Bergerak. Cantik Pula Tu!
TARIKANJanuary 22, 2021 - 05:25 PM
Selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara nanti dan korang berhasrat untuk berjalan-jalan melawat Jambatan Angkat atau Drawbridge di Kuala Terengganu, jangan lupa cari sebuah bas mini lama di sekitar kawasan itu yang telah diubahsuai menjadi surau bergerak yang boleh korang solat.
Idea untuk mentransformasikan bas mini tersebut menjadi surau timbul selepas melihat kesukaran yang dialami peniaga dan pengunjung di tapak perniagaan trak makanan di jambatan angkat yang terpaksa bergerak sejauh 3 kilometer ke masjid di Seberang Takir untuk menunaikan solat.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Trak Makanan dan Perkhidmatan Terengganu, Hazim Fadzli Abd Karim, 49 tahun berkata proses mengubahsuai bas mini model Mercedes 309d Motorhome itu dilakukan secara bergotong royong selama 3 bulan PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu.
Walaupun surau tersebut mungkin keluasannya agak terhad yang mana hanya mampu memuatkan 10 orang jemaah pada satu-satu masa -- namun ia cukup selesa untuk mendirikan solat kerana dilengkapi penghawa dingin, tempat wuduk, ruang imam, lampu, jam waktu solat serta bumbung bagi ruangan solat pada bahagian luar kenderaan.
“Kami bersyukur dengan adanya surau bergerak ini ia sedikit sebanyak membantu memudahkan para peniaga dan pengunjung di sini menunaikan ibadah solat terutama Asar, Maghrib dan Isyak. Lebih menggembirakan, mereka semua dapat menunaikan solat pada awal waktu,” kata Hazim Fadzli.
Surau bergerak itu beroperasi pada setiap Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad di tapak perniagaan trak makanan jambatan angkat dan selebihnya akan beroperasi di tapak Foodtruck Panoramik Kuala Terengganun di Dataran Shahbandar.
Menurutnya, selepas ini beliau bercadang untuk membina sebuah lagi surau seperti itu khusus untuk jemaah wanita, memandangkan ketika ini surau berkenaan terpaksa digunakan secara bergilir-gilir antara lelaki dan wanita.
Sumber: Sinar Harian
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah