Labuan Temui 7 Lagi Tapak Geologi Bersejarah & Ada Yang Berusia Lebih 15 Juta Tahun!
TARIKANFebruary 07, 2020 - 10:55 AM
Kalau sebelum ni Labuan hanya mempunyai tarikan pelancongan popular seperti 'The Chimney' dan Taman Damai serta 'Surrender Point' --- tetapi tidak lama lagi Wilayah Persekutuan itu layak diisytiharkan sebagai "Geopark Kebangsaan" apabila bakal mempunyai 7 lagi tapak bersejarah yang mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke sana.
Salah satu daripadanya ialah Tapak Geologi Tanjung Batu yang dianggarkan berusia lebih 15 juta tahun.
Penemuan 7 tapak geologi bernilai tinggi itu didedahkan oleh para pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sejak tahun lepas.
Kini, usaha memulihara tapak geologi berkenaan sedang giat dijalankan dan ia bakal digunakan bagi aktiviti penyelidikan dan pendidikan, selain pembangunan geopelancongan.
Ketujuh-tujuh tapak tersebut terletak di :-
1) Tanjung Batu
2) Laluan pejalan Kaki Muzium Chimney
3) Bekas lombong arang batu Lubok Temiang
4) Bukit Minyak Gas Ganggarak
5) Tanjung Layang-Layangan
6) Volkano lumpur di Kampung Layang-Layangan
7) Formasi Tanjung Punei Crocker daripada batu pasir di Tanjung Kiamsam
Kesemua tapak telah dinilai pada Mei 2019, namun ada sesetengahnya terletak di tanah persendirian dan memerlukan rundingan untuk pemuliharaan lanjut.
Jika semuanya berjalan lancar, Labuan bakal memiliki lebih banyak tarikan pelancongan untuk dinikmati oleh para pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah