Bukan Sabah Je Ada Tarikan Ala-Ala New Zealand, Kelantan Pun Ada Tau. Tak Caya Jom Ke Jeram Mengaji Agro Resort!
TARIKANSeptember 07, 2020 - 01:55 PM
Siapa sangka di sebalik kedudukan lokasi yang tersorok di balik hutan belantara dan laluan jalan kampung, tersembunyi 'permata' yang bakal digilap sebagai tarikan pelancongan baru di Machang, Kelantan.
Kawasan yang dilatari pemandangan pagi yang indah dengan puluhan lembu meragut rumput berlatarbelakangkan padang yang luas, membuatkan kawasan ini saling tak tumpah seperti berada di New Zealand yang terkenal dengan keindahan panorama semula jadi.
Malah, di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu serta jualan air yogurt, susu lembu dan kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh dunia.
Lokasi menarik ini terletak di Jeram Mengaji Agro Resort, di laluan Selinsing ke Machang, kira-kira enam kilometer dari Selinsing dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh.
Keindahan alam semula jadi di situ turut menjadi tarikan untuk pengunjung bergambar, selain dapat menikmati air susu lembu, kambing segar dari ladang.
Tips jika nak ke sini pastikan korang datang sekitar jam 8 hingga 11 pagi kerana suasananya adalah yang paling cantik kerana keadaan berkabus dilatari kelompok lembu dan kuda di padang menjadikan gambar diambil sangat mirip seperti di New Zealand.
Selain keindahan panorama semula jadi, Jeram Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi keluarga.
Paling mengujakan apabila ada bunga Rafflesia di kawasan berkenaan.
Jeram Mengaji Agro Resort antara salah satu daripada tiga lokasi unik yang bakal diangkat sebagai kawasan pelancongan baru di Kelantan.
Katanya, lokasi berkenaan berkonsepkan agropelancongan dengan dua lagi adalah di Pasir Mas iaitu kawasan ternakan rusa Rong Chenok dan tarikan tasik dan masjid di Danau Tok Uban.
Sumber: Berita Harian & Kredit Gambar: Vocab Kelantan
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah