Memang Sesuai Air Terjun Ni Diberi Nama King Waterfall, Kerana Ianya Sangat Menakjubkan

TARIKAN
September 08, 2020 - 04:56 PM


Air terjun dah jadi sinonim dengan rakyat Malaysia yang ingin meluangkan masa lapang atau cuti mereka. Dan kebelakangan ni kalau pergi mana-mana air terjun, mesti penuh orang. Ada rasa macam tak seronok la pulak mandi ramai-ramai ni. Macam tak ada beza pun mandi dekat swimming pool betul tak?

Jangan risau la guys, ada banyak lagi air terjun yang memang orang tak pergi atau tak jumpa lagi dan salah satunya adalah Air Terjun Gareg atau lebih dikenali sebagai King Waterfall. Terletak di Padawan, Sarawak, King Waterfall memang jarang dikunjungi orang, jadi memang lokasinya agak bersih dari pencemaran.

 

Macam Mana Nak Pergi ke Sini?

Pertama sekali korang perlu pergi ke Kampung Kiding yang terletak di kawasan tanah tinggi di Hulu Padawan. Walaupun korang boleh guna jalan raya dah untuk masuk ke kampung ni, tapi agak bahaya juga jalannya. Cerun agak tinggi dan keadaan jalan tidak memuaskan. Tapi bila dah sampai ke kampung tersebut, korang boleh mulakan pendakian.

Pendakian pun tak ada lah lama mana, sekadar 1 jam setengah hingga 2 jam je untuk turun naik. Dan kesusahan laluan dia adalah sederhana. Namun begitu, korang digalakkan untuk menggunakan aplikasi wikiloc, atau lebih bagus ambil khidmat guide tempatan. Ada banyak simpang dan cabang laluan yang agak mengelirukan, boleh sesat tau.

Dalam perjalanan untuk sampai ke air terjun ni, korang akan dapat melihat beberapa jambatan buluh yang tinggi untuk menyeberangi anak sungai, mamang sangat unik. Malah pemandangan air di empangan bengoh, sangat cantik.

Disebabkan air terjun ni memang jarang dikunjungi manusia, korang kena buat tempahan dan pengesahan awal dengan penduduk kampung at least 2 atau 3 hari sebelum trip korang. Bukan apa, kalau korang pandai-pandai lepas tu sesat, memang susah nak panggil bantuan nanti. Untuk guide, korang boleh hubungi ketua kampung, Uncle Bakas, 014-6932328.

Pemandangan Yang Sangat Memukau

Biasanya kita akan nampak air terjun yang megah macam ni dalam iklan dan video-video travel dari luar negara je. Sekarang ni dalam Malaysia pun korang boleh sampai. Dan bila tengok gambar-gambar ni korang boleh rasakan seolah-olah korang berada di alam fantasi. Jadi jangan la tunggu lagi, boleh pergi ke sini dan ambil gambar-gambar epic.

Kalau ada persoalan yang lebih lanjut, bolehlah bertanya kepada tuan punya gambar di bawah ni:

 

G a r e g / K i n g W a t e r f a l l Air Terjun Gareg / King Waterfall terletak di Padawan, Sarawak. Untuk ke...

Posted by Ismail Bin Roslan on Tuesday, July 7, 2020

 

Sumber: Facebook Ismail Bin Roslan

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah