Hidden Gems Di Padawan Sarawak, Air Terjun Baak Buant Kukuot
TARIKANOctober 02, 2020 - 05:54 PM
Seorang pemuda yang bernama Ismail Bin Roslan berkongsikan pengalaman beliau melawat air terjun Baak Buant Kukuot di Sarawak. Terletak di sekitar kawasan Kampung Sadir, Padawan, Sarawak. Pengunjung akan mengambil masa selama 1 jam hingga 1 jam setengah jika bertolak dari bandar Kuching melalui Borneo Highland dan Kampung Annah Rais.
Air terjun ini juga lebih dikenali dengan sebutan Baan Buan Kukuot (BBK) dan Baak Buant bermaksud kepala / punca air dalam bahasa tempatan. Untuk tiba ke kawasan air terjun ini, pengunjung perlulah mendaki dari bawah selama 60 ke 90 minit. Tahap pendakian pula tidaklah sukar, menurut En. Ismail.
Pengunjung akan mendaki dan melalui laluan yang dipenuhi dengan tanaman padi di tebing dan lereng bukit, pemandangan gunung-ganang, dan akan melepasi titian buluh untuk melintasi anak sungai.Jangan risau, kepenatan korang pasti akan hilang bila korang tengok betapa cantiknya pemandangan di kawasan tersebut lebih-lebih lagi setelah tiba di air terjun itu.
Menurut Ismail, air terjun ini akan kelihatan lebih cantik kalau ada hujan pada hari yang sebelumnya. Dan korang kena ingat untuk memulakan pendakian pada awal pagi, ini kerana laluan ke air terjun tersebut akan menjadi lebih panas pada lewat pagi. Selain itu, kalau teringin nak bermalam di kawasan ini, korang boleh duduk di Saloma’s Villagestay di Kampung Sadir.
Di Saloma’s Villagestay, korang boleh pilih beberapa pakej di mana Saloma sendiri akan bawa korang hiking, tengok kawasan di sekeliling kampung tersebut, dan menyediakan makanan yang sangat sedap menggunakan cara masakan klasik.
Lebih baik kalau korang upah guide kerana ada beberapa air terjun lagi yang berdekatan dengan kawasan ni, boleh lah pergi banyak air terjun dalam masa 1 hari ye tak. Untuk masuk ke kawasan ni, bayaran RM 5 akan dikenakan untuk setiap seorang.
Untuk bertanyakan soalan mengenai penginapan, bolehlah ke Facebook Saloma's Villagestay. Kalau korang ada pertanyaan lebih lanjut, boleh tanya sendiri kepada Ismail di posting asal Facebook beliau di bawah:
B a a k B u a n t K u k u o t Atau lebih dikenali dengan sebutan Baan Buan Kukuot (BBK) merupakan salah satu dari...
Posted by Ismail Bin Roslan on Saturday, June 27, 2020
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah