Nak Hiking Di Penang? Ini Adalah 5 Lokasi Terbaik Beserta Tips Yang Korang Perlu Tahu

TARIKAN
October 06, 2020 - 05:00 PM


Ramai orang tahu Penang memang terkenal dengan makanan dan pantainya. Tapi masih ada yang tak tahu sebenarnya Penang pun ada beberapa lokasi hiking yang menarik untuk korang cuba. Penang memang penuh dengan lokasi yang mendekatkan diri korang dengan nature. Dan ini adalah 5 hiking trail yang ada di Penang:

 

1) Bukit Jambul

Mempunyai ketinggian 500 meter dari aras laut, tahap pendakian untuk bukit ini sesuai untuk mereka yang baru nak belajar hiking. Ini kerana terdapat tangga yang disediakan dan sambil naik tangga tu korang boleh lihat pemandangan Penang Bridge dan bandar sekeliling. Ada juga kawasan rehat yang jual minuman untuk hikers yang penat.

Durasi: 40 minit hingga ke 1 jam

Level: Beginner

 

2) Taman Negara Teluk Bahang

Terdapat dua trek di sini, yang pertama trek yang akan membawa korang ke Pantai monyet dan hanya memerlukan 2 jam sahaja sepanjang 3.5km pendakian. Kalau nak lebih lagi, korang akan sampai ke rumah api Muka Head.

Trek kedua pula akan bawa korang ke Pantai Kerachut di mana korang boleh tengok penyu di sini. Trek ini agak curam dan lebih mencabar berbanding yang sebelumnya, jadi make sure prepare mental dan fizikal ya.

Durasi: 3 jam

Level: Sederhana

 

3) Bukit Cherok Tokkun

Bukit ni merupakan puncak tertinggi di Seberang Perai dengan ketinggian 500 meter dari aras laut. Nak sampai sini cuma perlu ke Hutan Lipur Bukit Mertajam je. Namun di lokasi ini juga terdapat beberapa trek yang boleh dilalui iaitu melalui jalan tar atau jalan hutan. Jalan tar ni dibina untuk memberi kemudahan kepada jip naik ke puncak.

Kalau nak guna jalan hutan, ada dua trek iaitu trek yang melalui air terjun dan trek yang melalui empangan lama. Dan kedua trek ini akan bertemu kembali dengan trek jalan tar tadi di kawasan rehan Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Sambung ke trek jalan tar untuk lihat pemandangan cantik di atas.

Durasi: 45 minit hingga 1 jam

Level: Beginner

 

4) Titi Kerawang Balik Pulau

Ini trek famous dan legend di Balik Pulau, memang ramai yang dah hiking di lokasi ni. Trek ini akan membawa korang sampai ke air terjun Titi Kerawang, di mana korang juga boleh berpiknik di sini dan mandi manda.

Kalau korang teruskan lagi trek ni, korang akan jumpa air terjun kedua dan korang akan lalu kawasan ladang yang mempunyai tanaman bunga kantan. Memang cantik. Tapi kami suggest untuk gunakan khidmat guide supaya dia boleh bawa korang ke banyak tempat lagi seperti dusun buah.

Durasi: 4 jam

Level: Beginner

 

5) Bukit Bendera

Siapa je yang tak kenal dengan nama Bukit Bendera ni. Mempunyai ketinggian 833 meter, lokasi ini mempunyai beberapa trek yang korang boleh pilih. Antara laluan yang orang selalu guna adalah trek Taman Botani, MoonGate, dan juga Laluan Warisan.

Yang popular dan selamat adalah Laluan Warisan di mana sepanjang pendakian korang boleh melihat trek tren yang melusuri bukit ini. Setibanya di atas, korang boleh menggunakan tren tersebut untuk turun ke bawah.

Durasi: 3 jam

Level: Sederhana

 

Tipas Untuk Pergi Hiking

Okay yang pertama sekali bila korang nak pergi hiking pastikan pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang tahan lasak. Atau lagi baik, beli je kasut hiking. Dengar macam simple, tapi ramai je yang pakai kasut biasa yang menyebabkan kaki mereka melecet bila turun di bawah.

Dan kalau korang tak tahu, orang akan hiking pada waktu pagi atau petang. Jarang la tengah hari orang panjat bukit, panas gila kot.

Tengok ramalan cuaca dan pastikan hari sebelum korang hiking tu tak hujan. Ini kerana trek dan laluan di hutan akan menjadi licin dan membahayakan diri korang lebih-lebih lagi trek yang curam.

Dan yang paling penting bawa la botol bersama korang, dah banyak kali orang hampir pitam akibat haus dan tak bawak air. Jangan sampai menyusahkan orang lain.

Pastikan korang research dulu info-info penting mengenai lokasi korang, kalau tak yakin juga join group hikers atau upah guide. Ini sangat penting supaya korang tak tersesat di dalam hutan nanti.

Itu saja tips untuk hiking di Penang, apa pun ingat lah untuk sentiasa menjaga jarak social dan mematuhi SOP yang ditetapkan di setiap tempat okay? Have fun guys!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah