Pulau Manukan, Salah Satu Pulau Yang Underrated!
TARIKANFebruary 10, 2022 - 11:22 AM
Pulau Manukan adalah salah sebuah pulau terbesar dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau indah yang telah diiktiraf sebagai taman laut negara ini juga merupakan kawasan tarikan utama negeri Sabah yang amat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.
Ia terletak bersebelahan pulau-pulau lain yang popular dalam daerah Kota Kinabalu. Oleh itu, berkunjung ke Pulau Manukan, penting untuk ke tempat menarik di Pulau Manukan ini. Caranya amat mudah iaitu dengan menaiki bot yang disediakan sahaja.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Manukan
- Menyelam dan snorkeling
Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menyelam atau snorkeling di sini memandangkan lautannya amat jernih dan bersih sekali. Dari atas air, anda boleh melihat warna-warna hijau biru yang jernih serta ternampak keindahan yang ada di dalam air seperti terumbu karang, batu dan ikan-ikan yang cantik.
- Berkelah
Bawalah makanan dan minuman untuk berkelah di Pulau Manukan bersama rakan-rakan dan keluarga. Keseronokan dan keindahan pantai Pulau Manukan amat menakjubkan dan menenangkan sesuai untuk anda berkelah.
- Parasailing
Aktiviti parasailing amat menyeronokkan dimana anda dapat merasai bagaimana naik ke atas lautan dan mencecah udara dengan menggunakan payung terjun. Menarik bunyinya kan? Kenalah rasai sendiri pengalaman ini!
Sumber: Ammboi.My
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah