Tak Tahu Nak Buat Apa Hujung Minggu Ini? Korang Boleh Try Camping Di Sunway Lagoon!
TARIKANOctober 22, 2021 - 12:03 PM
Semua rakyat Malaysia dah mula berjalan-jalan ataupun bercuti pada setiap hujung minggu selepas rentas negeri dibenarkan. Mana tidaknya, lama kita #stayathome sejak pandemik melanda negara. Nak keluar jalani kehidupan seperti biasa pun kita risau.
Namun, setelah majoriti rakyat Malaysia telah menerima vaksin, bolehlah kita release stress yang terpendam ini kan? Kalau korang tak tahu nak buat apa hujung minggu ni, Sunway Lagoon menawarkan tarikan terbaru kepada pengunjung iaitu Camp Out! Pengunjung Sunway Lagoon dibenarkan bermalam di khemah yang disediakan! Menarik kan?
Setelah penat bermandi manda atau explore semua tarikan yang ada di Sunway Lagoon, korang boleh berehat dan bermalam di tapak perkhemahan ditemani malam bintang dan umbun api. Tiba-tiba perut berkeroncong lapar? Jangan risau bukan setakat bermalam je korang dapat tau! Makan malam BBQ turut disediakan dan siap ada private pool untuk korang kalau teringin berendam pada waktu malam!
Pas Masuk Untuk Camp-Out masih dijual secara online dan berharga RM 498 (single) dan RM 598 (double)
Pas termasuk untuk:
- tiket masuk ke Sunway Lagoon
- Fasiliti Perkhemahan
- Breakfast
- 10% Discount untuk setiap Pay-Per-Ride Activties, Locker, dan juga Sewaan Pelampung
Untuk pembelian pas: Klik Sini
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah