10 Tempak Menarik Di Pulau Carey Dan Sekitarnya Yang Terletak Di Selangor
TRAVELOctober 05, 2021 - 01:14 PM
Disebabkan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan, inilah masa terbaik untuk kita melawat tempat-tempat menarik di sekitar Selangor. Tahukah korang terdapat pulau di sekitar Selangor yang dipanggil Pulau Carey. Ianya terletak di selatan perlabuhan klang dan terkenal sebagai sebuah tempat menarik yang berkonsepkan santai dan rekreasi bagi korang yang suka bersiar-siar. Tempat menarik di Pulau Carey rata-ratanya amat terkenal dengan orang asli Selangor ataupun kampung orang asli. Di artikel kalini, kami nak kongsikan 10 tempat menarik di Pulau Carey yang sesuai untuk korang bersiar-siar.
10 Tempat Menarik Di Pulau Carey:
1) Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Orang Asli
Ianya merupakan destinasi menarik untuk korang lawati sekiranya berkunjung ke Pulau Carey. Harga tiket masuk hanyalah RM 20 sahaja bagi orang dewasa dan terdapat pelbagai barangan hasil seni kraftangan yang diperbuat daripada buluh dan rotan yang boleh anda lihat. Korang juga berpeluang bermain muzik tradisional dan menyaksikan persembahan tarian orang asli.
2) Bukit Jugra
Bukit Jugra yang amat popular dalam kalangan kaki hiking kerana permandangannya dari puncak yang sungguh cantik dan menenangkan. Di situ juga anda boleh melakukan banyak aktiviti menarik seperti paragliding dan bergambar di sekitar rumah api di puncak bukit tersebut.
3) Muzium In-Situ
Korang juga jangan lepaskan peluang melawat Istana bandar dan juga Muzium In-Situ yang terletak berhampiran dengan lokasi Jugra. Korang pasti terpegun melihat Armoored truck yang pernah digunakan pada Zaman Perang Dunia Ke-2 serta barangan pameran bersejarah di sini.
4) Kuan Wellness Eco Park
Antara tempat menarik di Pulau Carey yang merupakan tarikan pengunjung juga adalah Kuan Wellness Eco Park. Ia merupakan salah sebuah taman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti cafe, tempat bergambar serta haiwan-haiwan menarik yang boleh anda lihat. Ianya amat sesuai jika korang bawak anak-anak korang ke sini pada hujung minggu atau musim cuti sekolah.
5) Mah Meri Culturan Village
Mah Meri Cultural Village adalah sebuah lokasi percutian yang berkonsepkan kampung orang asli. Korang boleh merasa sendiri suasana kampung orang asli lengkap dengan pakaian, barangan serta tarian mereka sepanjang berada di kampung ini. Sambil-sambil dapat mempelajari budaya dan kesenian mereka di sini, pastinya ia amat menyeronokkan dan meriah.
6) Pantai Kelanang
Pantai Kelanang juga antara destinasi terbaik untuk korang melawat kerana anda boleh berkelah, berkhemah, bermain layang-layang, melihat panorama matahari terbenam, menangkap ketam, makan-makan bersama keluarga dan banyak lagi. Keindahan Pantai Kelanang ini juga tidak kurang hebatnya. Ianya sesuai untuk korang datang pada waktu pagi atau petang kerana pada waktu ini cuaca tidak begitu panas dan suasananya meriah.
7) Kolam Memancing Ikan LS
Kolam Memancing Ikan LS ini merupakan sebuah tempat menarik di Pulau Carey yang membolehkan para pemancing melepaskan gian mereka. Tempat ini pernah mencipta sejarah dimana seorang pemancing telah mendapatkan ikan seberat 400 kilogram hanya dengan memancing di sini.
8) Pantai Tanjung Rhu
Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey turut merupakan tempat menarik untuk bersiar-siar. Namun bezanya adalah tempat menarik di Pulau Carey ini tidak mempunyai restoran atau resort seperti pantai yang lain. Ianyalebih kepada pemandangan flora dan fauna serta berkonsepkan semulajadi dan korang juga berpeluang melihat kesibukan kapal di pelabuhan yang jarang dilihat di pantai-pantai lain.
9) Pantai Pulau Carey
Pantai Pulau Carey adalah tarikan utama yang pelancong tercari-cari. Suasana pantai ini bakal membuatkan korang tenang dan lupakan segala masalah dunia seketika. Hiruplah udara segar sepuas-puasnya di sini. Tempat menarik di Pulau Carey ini sangat luas dan anak-anak juga pasti suka bermain-main di pantai ini kerana terdapat mentarang yang boleh korang jumpa dan kutip di pasir-pasir pantai ini.
10) Amverton Cove Golf and Island Resort
Sekiranya korang sedang mencari tempat penginapan terbaik dan high class, Amverton Cove Golf and Island Resort adalah pilihan terbaik. Terdapat banyak kelengkapan dan kemudahan di resort ini seperti jakuzi, kolam renang persendirian, kebun persendirian dan banyak lagi. Sepanjang berada di sini, korang boleh melakukan aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan resort. Antaranya adalah menaiki paddle boat, berkayak, rock climbing, flying fox, memancing, berbasikal, menaiki ATV, bermain snoker, karaoke dan lain-lain lagi hiburan. Untuk kanak-kanak pula, korang boleh membawa mereka ke pulau haiwan yang berdekatan resort ini.
Kawasan-kawasan ini semuanya terletak hanya di Selangor, memandangkan kita masih lagi tidak boleh merentas negeri inilah masa terbaik untuk kita menenangkan fikiran dengan melawat kawasan-kawasan tersebut sambil membantu menaikkan ekonomi negara.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah