Anda Wanita Mengandung & Nak Melancong Naik Pesawat? Ini Tips Doktor Khas Buat Anda!
TRAVELMarch 09, 2022 - 12:38 PM
Dapat pergi bercuti memang seronok, tambah pula melancong ke luar negara atau ke tempat yang pemandangannya cukup cantik dan menakjubkan.
Tapi persoalannya, selamat ke kalau ibu yang sedang hamil nak menaiki pesawat lama-lama tu?
Kalau ikutkan, wanita hamil boleh sahaja nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu tiap kali nak terbang.
Itu semua penting untuk keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan, selain mengelakkan tiada perkara buruk berlaku sepanjang penerbangan yang mungkin mengambil masa panjang.
IBU MENGANDUNG BOLEH NAIK KAPAL TERBANG?
Permasalahan utama yang ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang mengandung menaiki pesawat dan risiko bersalin dalam perjalanan atau apa-apa keadaan yang melibatkan kandungan itu sendiri.
Satu hal pula juruterbang terpaksa melencongkan pesawat ke tempat yang boleh mengurus wanita mahu bersalin ini atau apa-apa keadaan yang berkaitan.
Kebanyakan syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan sudah mencecah 36 minggu.
Disebabkan perkara yang saya cakap tadi. Jika ada risiko untuk kelahiran pra-matang atau tak cukup bulan, seperti kehamilan kembar, wanita tak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.
Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan dari doktor yang menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan dan wanita itu selamat untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan itu sudah berusia 28 minggu dan juga tarikh kepastian umur kehamilan itu perlu disahkan oleh doktor dan ditulis terang-terang dalam surat tu.
BILA IBU HAMIL TAK BOLEH NAIK PESAWAT?
Keadaan-keadaan kehamilan yang tidak sesuai untuk menaiki kapal terbang :
✈️ Anemia teruk atau kurang darah dengan Hb kurang 7.5g/dL
✈️ Ada pendarahan semasa kehamilan dalam masa terdekat
✈️ Masalah telinga ( otitis media ) dan sinusitis
✈️ Masalah jantung dan pernafasan yang serius
✈️ Pesakit yang ada buat penbedahan pada usus dalam masa terdekat, termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara
✈️Tulang patah, di mana kaki pada tulang patah itu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi kalau ada POP pada kaki itu.
Satu lagi ramai bertanya saya, mengenai peluang untuk dapat darah beku masa naiki pesawat.
Berkenaan dengan ini, kita tahu bahawa mengandung itu sendiri meninggikan risiko untuk dapat darah beku. Ketika menaiki pesawat pula, duduk lama, otot pada kaki menjadi kejang.
Secara keseluruhan boleh disimpulkan risiko untuk dapat darah beku pada kaki masa menaiki pesawat itu ada, tapi rendah, bergantung kepada faktor kesihatan individu itu sendiri.
TIPS MINIMAKAN RISIKO DARAH BEKU KETIKA NAIK PESAWAT
Untuk meminimakan risiko dapat darah beku ini, tips-tips yang boleh diamalkan :
✈️ Pilih tempat duduk berdekatan dengan lorong, senang nak kluar masuk
✈️Sentiasa berjalan-jalan dalam kabin, jangan duduk memanjang
✈️Buat senaman ringkas, setiap 30 minit lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang panjang
✈️Sentiasa pastikan untuk minum air yang cukup, kurangkan minum minuman berkaffein untuk mengelakan asyik ke tandas
✈️Kalau ibu mengandung ada sejarah pernah kena darah beku, obesiti atau masalah lain, tanya doktor untuk pemberian ubat suntikan mencairkan darah
Selain itu, jangan lupa pakai TED stoking (bukan stokin biasa) jika penerbangan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau kurang 4 jam tak pakai TED stoking pun tidak mengapa.
Lain syarikat penerbangan, lain polisinya untuk benarkan wanita mengandung menaiki pesawat. Dapatkan lebih maklumat daripada mereka terlebih dahulu.Sumber: Dr Muhammad Izzat
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah