Nak Masuk Malaysia? Ini Protokol Baharu Yang Pengembara Luar Kena Tahu!
TRAVELDecember 08, 2021 - 01:48 PM
Bermula hari ini (8 Disember 2021) -- Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan pencegahan penularan COVID-19 khusus ke atas pengembara yang tiba di Malaysia mengikut 5 kategori.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia membabitkan pengembara bagi kategori berikut:
- Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Udara dan Darat
- Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB)
- Pusat Sehentian (OSC) pelawat perniagaan jangka pendek masing-masing di Kategori 1, 2, 3 dan 4.
Selain itu, katanya, pengembara dari negara dikenakan sekatan perjalanan sementara dan melaporkan penularan varian membimbangkan (VOC) Omicron dalam komuniti, masing-masing disenaraikan ke dalam Kategori 5 dan 6.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, penetapan berkenaan bertujuan mencegah kemasukan dan penularan varian baharu COVID-19, Omicron ke negara ini.
PROTOKOL BAHARU BERKUATKUASA 8 DISEMBER 2021
1) Kuarantin di stesen kuarantin selema 14 hari
2) Tidak dibenarkan time-off
3) Ujian PCR Covid-19 dalam tempoh 2 hari sebelum berlepas
4) Ujian RT PCR semasa ketibaan
5) Ujian RT PCR hari ke-10 kuarantin
6) Dipakaikan digital tracker
7) Penilaian risiko hari ke-14 dan lanjutan kuarantin sekiranya perlu
8) Dibebaskan dari kuarantin pada hari ke-15 sekiranya tiada pelanjutan kuarantin dan ujian PCR hari ke-10 adalah negatif Covid-19.
Sebanyak 43 negara melaporkan kes COVID-19 jangkitan varian baharu Omicron sehingga semalam dengan 8 daripadanya dikenakan sekatan perjalanan sementara, mulai 27 November lalu, manakala 5 lagi merekodkan penularan Omicron dalam komuniti.
PENGEMBARA YANG TIBA DARI NEGARA YANG DIKENAKAN SEKATAN PERJALANAN SEMENTARA :
1. Afrika Selatan
2. Botswana
3. Eswatini
4. Lesotho
5. Mozambique
6. Namibia
7. Zimbabwe
8. Malawi
Manakala 5 negara mencatatkan penularan Omicron dalam komuniti ialah United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia, Perancis dan Norway.
Jumaat lalu, BH melaporkan, kes pertama VOC Omicron direkodkan di Malaysia, membabitkan seorang pelajar mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan yang diarah menjalani kuarantin diri.
Sumber: Berita Harian & MKN
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah