Rancang Percutian Ke Johor Hanya Di Hujung Jari Guna Aplikasi JTI
TRAVELApril 11, 2022 - 01:26 PM
Memasuki Fasa Endemik bermula 1 April lalu, Johor muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang menawarkan tarikan pelancongannya di platform digital menerusi aplikasi "Johor Tourism Interchange" atau JTI.
Jadi selepas ini jika korang nak berjalan-jalan makan angin atau membawa keluarga bercuti ke negeri di selatan tanah air itu, semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja melalui aplikasi JTI.
SEMUA KEMUDAHAN DI BAWAH SATU NAUNGAN
Platform digital berkenaan dilengkapi dengan pelbagai ciri hebat, penawaran fungsi yang meluas serta memenuhi keperluan pengguna masa kini.
1. LEBIH 200 TEMPAT BOLEH DIKUNJUNGI
Aplikasi JTI menawarkan lebih 200 destinasi berdaftar untuk dikunjungi. Tempat-tempat tarikan pelancong di negeri dengan 10 daerah itu boleh diterokai oleh pengguna pada fungsi paparan Destinasi Pilihan (Preferred Destinations Site).
Kini, tiada lagi kebuntuan atau ‘bermasam muka’ dengan rakan mahupun orang tersayang untuk merancang perjalanan dan membuat keputusan setibanya di negeri Johor.
2. PELBAGAI KATEGORI PELANCONGAN
Terdapat pelbagai kategori pelancongan untuk memudahkan pengguna mencari lokasi pilihan, iaitu menerusi fungsi paparan Modul Katalog Tarikan (Attractions Catalog Module).
Ia akan membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai lokasi yang akan dikunjungi.
Antara maklumat yang akan dipaparkan ialah penerangan tentang tempat, waktu operasi, tempoh yang dicadangkan dan banyak lagi selain membolehkan pengguna menggunakan fungsi Suara (Speech) untuk menggunakan panduan suara.
Bagi pengguna yang ingin menuju ke destinasi pilihan, mereka boleh menggunakan peta navigasi yang disediakan demi memastikan pengguna dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
Pengguna juga boleh mendapatkan waktu perjalanan pengangkutan awam bagi bas di setiap daerah termasuk ramalan cuaca dan waktu solat.
3. KEMUDAHAN e-WALLET (PADA VERSI 2.0)
Jangan risau sekiranya anda tidak cukup atau kehabisan wang tunai semasa berjalan-jalan di Johor.
Melalui kemudahan E-Wallet, JTI akan dapat memastikan aliran tunai pengguna lebih tersusun apabila pengguna boleh membayar secara dalam talian kerana telah dilengkapi dengan 53 institusi pengeluar wang melibatkan 47 bukan institusi perbankan dan enam bank.
Tambahan, bagi pelancong antarabangsa pula, mereka turut disediakan dengan ciri pertukaran mata wang asing.
4. TEMPAH HOTEL IDAMAN DENGAN MUDAH
Pengguna kini boleh mencari hotel pilihan terdekat dan membuat tempahan dengan mudah sekali gus membuat pembayaran melalui JTI.
5. SELESAI BAYARAN PERMIT JABATAN PERHUTANAN JOHOR & TAMAN NEGARA
Pengguna juga boleh membuat bayaran permit di bawah kategori Eco Tourism. Ini pastinya memberikan kemudahan bagi mereka yang cintakan alam semula jadi serta gemar melakukan aktiviti seperti mendaki gunung, berkhemah, mandi air terjun dan banyak lagi.
6. PENGALAMAN HEBAT DENGAN AUGMENTED REALITY (AR)
Augmented Reality (AR) diperkenalkan dalam aplikasi JTI bertujuan menambahkan lagi kepuasan kepada pengguna semasa melawat Johor.
Pelbagai kandungan menarik yang memberikan pengguna peluang untuk menikmati dan menyelami pengalaman percutian hebat menggunakan teknologi AR.
PEMETAAN MAJESTIC JOHOR SAFE (MJS)
Pemetaan MJS ke dalam aplikasi JTI akan membantu para pengguna memilih penginapan dan lokasi pelancongan yang diiktiraf sebagai “Lokasi Pematuhan SOP Terbaik”.
Inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat mewujudkan safe bubble bagi kebanyakan tempat di Johor.
Inilah masanya untuk anda berkunjung ke Johor dengan lebih mudah dan selamat serta mencipta pelbagai momen indah di sana.
Muat turun aplikasi JTI di Google Playstore dan App Store anda sekarang!
Sumber: Astro Awani
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah