Labuan Bakal Laksana 'Visa On Arrival' Bermula Julai Ini

VIRAL
June 25, 2019 - 01:43 PM


Bermula Julai depan, Labuan bakal melaksanakan Visa Semasa Ketibaan atau Visa On Arrival (VOA) seperti yang diaplikasikan di Langkawi bagi meningkatkan ketibaan pelancong ke pulau yang terletak di Sabah itu.

Ketika ini, VOA sedang menunggu untuk diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri sebelum dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen. 

Langkah memperkenalkan VOA tersebut dijangka membantu dalam menaikkan jumlah ketibaan pelancong dari Sabah melalui Lapangan Terbang Labuan dan dari Brunei melalui Terminal Feri Labuan.

Malah, pembaharuan itu juga diharap membuka jalan kepada lebih banyak syarikat penerbangan mengadakan perkhidmatan ke Labuan.

Untuk pengetahuan korang, VOA adalah sejenis visa yang hanya perlu dimohon semasa tiba di lapangan terbang atau pintu masuk negara yang dikunjungi itu, tanpa perlu mengajukan permohonan visa di Kedutaan.

Biasanya VOA adalah untuk tujuan kunjungan singkat seperti melancong atau lawatan sosial.

Selain terkenal sebagai sebuah pulau bebas cukai di Malaysia, Labuan turut memiliki banyak destinasi tarikan pelancong seperti Labuan War Cemetery / WW2 Memorial Park, Muzium Chimney, Taman Burung Labuan, Muzium Marin, Pulau Layang-Layangan dan Taman Damai. 

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah