Plaza Tol Sungai Besi Sesak Melampau Akibat Hujan Lebat?

GAYA HIDUP
November 03, 2021 - 12:28 PM


Pada petang semalam dilaporkan kesesakan lalu lintas berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di laluan selepas Plaza Tol Sungai Besi arah ke pusat bandar dan dari arah Sungai Besi ke arah Universiti Putra Malaysia (UPM) berikutan banjir kilat.

Kira-kira ratusan kenderaan memenuhi kedua-dua belah lorong yang diterangi dengan lampu brek belakang serta lampu hadapan kenderaan.

 

Ramai tidak menyangka kedua-dua rakaman video tersebut dirakam di Plaza Tol Sungai Besi. Mereka sangkakan keadaan kesesakan lalu lintas tersebut berlaku di kawasan luar negara.

Pada masa yang sama, ada netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semalam. Ada yang terperangkap hampir satu jam dan ada juga terperangkap lebih dua jam tidak boleh buat apa-apa.

Menurut Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), jarak kesesakan lalu lintas berlaku hampir empat kilometer di kedua-dua belah arah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat juga dijangka lebih tertumpu di Sarawak serta Sabah pada awal Januari dan Februari 2022.

Ini beberapa jangkaan cuaca yang dimaklumkan oleh MetMalaysia :-

Mulai November ini hingga awal Januari tahun depan, penduduk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bakal dilanda dengan musim hujan lebat -- susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 November serta berterusan sehingga Mac 2022.

1) Dalam tempoh ini (Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh), empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

2) Mulai hujung Januari hingga Mac 2022 dijangka cuaca agak kering di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

3) Kebanyakan tempat di Malaysia dijangka menerima hujan paras purata sepanjang Monsun Timur Laut kali ini.

4) Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

5) Risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.

6) Tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan -- manakala kawasan pantai negeri-negeri yang mengadap Laut China Selatan juga dijangka mengalami risiko kenaikan paras laut.

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah