Poppy Kat Cafe - Sambil Makan Dilayan Kucing Comel
JALAN-JALANJuly 16, 2021 - 04:16 PM
Sambil makan boleh meow meow kat kucing. Comel!!! :)
Selalu kita lihat banyak kafe konsepnya sama ada minimalis, vintaj dan pelbagai lagi. Poppy Kat Cafe ini cuba dengan stail berlainan dengan menghasilkan konsep kafe ceria bersama tiga ekor kucing yang bernama Mochi, Mimi dan MeowMeow.
Kafe ini baru sahaja siap beberapa bulan yang lalu iaitu Mei ketika kita masih dalam MCO 3.0. Kafe ini juga menjual makanan seperti pastri.
Kafe ini viral di TikTok apabila satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok, yang bernama @fazlin_sofea melihat beliau singgah sana di Poppy Kat Cafe ini yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.
@fazlin_sofea Poppy Kat, KL. Of cats and croffles!
♬ im outside in a amg L.Dre remix - L.Dre
Menu di sini menyediakan bakeri seperti bagel dan manisan yang lain. Bagel hadir dalam pelbagai rasa yang berharga di antara RM10-RM12, setiap gigitan sangat lembut dan terngiang-ngiang nak lagi.
Antara menu yang lain korang boleh dapati ialah bagel buah nanas dan matcha disapu keju krim dan penyebaran Biscoff, bagel pomelo madu dengan cream cheese, bagel jem strawberi, dan peanut butter dan bagel kismis kayu manis dengan mentega Lescure dan sirap maple.
Selain bagel mereka yang terkenal, mereka juga menjual Earl Gray Rose Pistachio Cake (RM10), Chamomile Lemon Cake (RM12), Carrot Walnut Cake (RM8), dan Chocolate tart kaya dan berkrim (RM12).
Disebabkan sekarang masih lagi PKP dan tidak boleh dine-in, kedai ini hanya menyediakan ambil order secara bungkusan (take away) atau delivery. Korang boleh juga order secara online di laman web Poppy Kat Cafe atau hubungi no telefon mereka.
Di sini korang lihat menu dan terus buat pesanan di sana. untuk tahu lebih lanjut boleh pergi ke laman web mereka.
Website: poppykat.cafe
Instagram: @PoppyKatCafe
Facebook: @PoppyKatCafe
Waktu:
Isnin hingga Jumaat : 10 pagi - 6 petang
Sabtu hingga Ahad : 9 pagi - 7 petang
Maklumat Penghantaran:
- 0 – 5 km: RM5
- > 5 km: RM1 / km
*dari lokasi kafe (harga akan dikira mengikut jarak kawasan anda dari Poppy kat Cafe)
Penghantaran percuma hanya
- 5KM yang pertama, percuma dengan belanjaan sekurang-kurangnya RM38
- 30KM dan ke atas, percuma dengan belanjaan sekurang-kurangnya RM100
Alamat:
Poppy Kat Cafe
34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, Kuala Lumpur. Daily, 9am-7pm. Tel: 011-5634-3173
Sumber & Kredit Gambar: Poppy Kat Cafe, EatDrinkKL
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah