Pulau Mantanani Destinasi Baru Pilihan Pelancong di Sabah

JALAN-JALAN
April 17, 2019 - 04:59 PM


Sabah antara destinasi yang kaya dengan pelbagai tarikan dari segi pelancongan. Flora dan Fauna yang terdapat di sana juga menjadikan Sabah begitu popular dalam kalangan pelancong. Bagi pencinta pulau pula, Sabah adalah destinasi terbaik yang korang boleh pergi. Terdapat banyak pulau yang cantik dan indah untuk di nikmati. Namun, kebanyakkan pulau ini terletak di Semporna.

Walaubagaimanapun, tak ramai yang tahu di area Kudat juga terdapat pulau yang sangat cantik yang dikenali sebagai Mantanani Island. Terletak kira-kira 3 jam dari Kota Kinabalu, pulau mantanani kian menjadi pilihan pelancong jika bertandang di Kota Kinabalu.

Awal april hari tu aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di Pulau yang sungguh indah ini. Trip 3 hari di Kota Kinabalu termasuk day trip di Mantanani juga aku coretkan sepanjang perjalanan ini.

Penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu (KKIA) mengambil masa 2 jam 30 minit. Kali ini aku naik Malaysia Airlines (MAS) sempat menjamu Murtabak ayam dalam flight sambil tengok movie A Star Was Born lakonan Bradley Coper dan Lady Gaga. Tapi tak sempat habis aku tertidurlah pulak. 

Sampai di KKIA aku terus ambil grab ke Hotel. Kali ini Hilton Hotel menjadi pilihan. Hiton Hotel sentiasa menjadi pilihan sebab aku ada keahlian Honour, bolehlah kumpul point sekali.

Lepas check in, aku just lepak dalam bilik buat kerja sambil menunggu untuk dinner. Jam 7 kami turun untuk makan malam di Restoran Welcome Seafood bersebelahan dengan Hiton Hotel. Ramai juga orang kat sini, i guess this is antara kedai yang patut korang pergi kalau malas nak jalan jauh. Seafood is fresh. Harga not bad. But ikan kerapu masak stim tak kena dengan selera aku lah pulak.

After dinner aku balik hotel prepared untuk ke Pulau esok. Seharian dekat pulau tu banyak juga benda yang kena bawa.

Seawal jam 6am aku dah bangun. Solat subuh dan terus breakfast dekat hotel. Makanan dekat Hilton ni aku boleh puji. Sedap! 

Jam 7 pagi berkumpul dan dalam 7.30 terus gerak ke Jetty Pulau Mantanani. 

Perjalanan dari Kota Kinabalu – Jetty Mantanani mengambil masa 3 jam, termasuk berhenti dekat rnr. Sepanjang perjalanan kalau korang berhasrat untuk tidur, aku sarankan lupakan sahaja sebab jalan di Sabah terutama menuju ke utara agak bumping sikit. Sama macam last trip dari Sandakan ke Tawau. 

Kami sampai dekat Jetty Mantanani jam 10.15am.  Selepas isi nama kami terus bergerak menaiki boat laju. Kebiasaan kalau nak masuk pulau-pulau kecil di Sabah memang korang diwajibkan tulis nama untuk tujuaan keselamatan dan pengumpulan data. Sama macam nak hiking juga. 

Dekat Jetty kami bersama wakil dari PR, Coca - Cola dan juga Sabah Time serta wakil dari Reef Check Malaysia berjumpa dengan wakil dari Sabah Tourism untuk misi yang penting iaitu pemulihan dan penjagaan Pulau Mantanani dari kerosakan.

Boat laju ini bukan boat laju biasa-biasa memang laju weh. Keadaan ombak hari ini juga agak rough so memang melambung juga lah kami sepanjang dalam boat. Namun begitu, kami dihidangkan dengan pemandangan yang cukup indah. Langit membiru, laut yang nampak secara mata kasar agak tenang tapi masih terasa bila berada dalam boat setiap kali terlanggar ombak kuat. 

Tip: Bagi mereka yang mabuk laut sila prepare some plastic. Hahah. Tapi jangan buat merata pulak plastik tu ye. Aku hempuk dengan hammer sat lagi kalau korang buat merata. 

Perjalanan dari Jetty ke Pulau Mantanani mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam. Dalam boat tu bolehlah layan perasaan bagi yang tahan dengan bumping. Macam aku, sepanjang dalam boat aku sempat sediakan artikel yang korang sedang baca ni. 

Sebab tak ada apa nak buatkan. So idea pun tengah ada, mood sudah mari. Sempatlah aku ringkaskan perjalanan aku ke Pulau Mantanani. 

Tiba di di Pualu Mantanani, mata aku dijamu dengan sebuah pantai yang cantik dan air yang jernih. Kali ini aku ke Pulau Besar di mana wujudnya penempatan penduduk di Pulau Mantanani.

  • Penduduk Mantanani = 1,000 org 
  • Homestay yang telah didaftarkan = 17
  • Bajau ubian 

Tujuan kami ke Mantanani Island ni bertujuan untuk melihat sendiri masalah yang dialami oleh penduduk Mantanani sejak peningkatan pelancong yang begitu mendadak di pulau ini.

Disebabkan itu, timbulnya masalah pengurusan sisa pembuagan yang tidak teratur dan telah memberi kesan yang tidak elok terutama kepada penduduk Mantanani serta persekitaran pulau ini. Sayang sekali jika pulau yang begitu indah ini dicemari oleh sampah sarap kan.

Banyak lagi isu yang timbul akibat masalah ini contohnya air laut yang kian meningkat menyebabkan bekalan air bersih begitu terhad dan orang kampung terpaksa mendapatkan bekalan air dengan membeli air botol dari luar. Botol ini juga menyebabkan peningkatan sisa buangan yang sememangnya sudah terjejas akibat sisa dari pelancong.

Kira-kira 1,500 – 2,000 boleh plastik ini terbuang dalam masa seminggu. Korang banyangkanlah sampah yang terhasil. Dengan kemudahan yang begitu terhad di pulau ini memang akan memberi kesan yang negatif.

The Shruder Machine

Oleh itu, pihak Coca-Cola Foundation dan dibantu oleh Reef Check Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu mengurangkan sisa buangan sampah di sini dari memasuki laut dengan membiayai sebuah mesin yang dikenali sebagai “The Shruder Machine”.

Dengan adanya mesin ini dapatlah selamatkan keindahan Pulau Mantanani dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Aku sempat juga cuba sendiri untuk mengendalikan mesin ini, agak menarik juga dengan sisa plastik seperti penutup botol, botol air dan botol-botol dari produk kosmetik diproses untuk dijadikan cenderamata untuk bawa pulang nanti.

Usaha dari Coca-cola ini patut dipuji kerana kebanyakkan pulau-pulau di Sabah memang mengalami masalah ini. Semoga satu hari nanti masyarakat kita tidak lagi perlu menganjurkan pelbagai program pembersihan pantai kerana pantai kita sudah bersih. Nak mandi pantai pun lebih seronok. Eco sistem dalam laut pun terjaga.

So, korang kalau gi mana-mana pulau tu tolong ye jangan buang sampah merata-rata lagi. Kalau boleh jangan bawa langsung bahan plastik yang boleh merosakkan persekitaran alam kita. Kalau kita tak jaga sapa lagi nak jaga. Buang sampah merata pastu kalau pantai tak bersih tahu pula bising.

Untuk korang yang nak merasa sendiri keindahan Pulau Mantanani ini boleh datang ke sini. Pelbagai resort yang ada dan kalau nak rasa pengalaman hidup bersama orang kampung boleh menginap di Homestay yang disediakan.

Bagi kaki diver pula kalau nak melihat Dugong boleh je cuba menyelam di sini. Dengar cerita kat sini pernah menjadi habitat sang dugong satu ketika dahulu. Namun, sejak kebelakangan ini, sangat jarang nak nampak dugong di kawasan ini, mungkin eco sistem mereka telah terjejas kot. Tapi mana tahu rezeki kan? Kalau kat Malaysia, Mantanani jelah satu-satunya tempat yang ada dugong.

Begitulah perjalanan aku untuk 3 Hari 2 Malam di Kota Kinabalu – Pulau Mantanani. Actually ni trip geli-geli jer. Kalau korang nak enjoy betul-betul aku sarankan korang boleh stay di Kota Kinabalu dan mungkin bermalam di Mantanani satu malam ker kan..

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah