Pulau Gemia: 'Permata Tersembunyi' Terengganu Yang Tak Ramai Tahu
JALAN-JALANJuly 17, 2020 - 04:00 PM
Bermula bulan Mac depan, kebanyakan pulau-pulau di Malaysia bakal memulakan semula operasi mereka selepas berakhirnya musim angin monsun, terutama di sebelah Pantai Timur.
Kalau korang yang dah mula rindu laut dan nak cari destinasi pulau peranginan yang jarang diperkatakan oleh ramai orang -- mungkin korang boleh cuba bercuti di PULAU GEMIA, Terengganu.
Korang mesti ada yang tak pernah dengar nama pulau ni, kan? Yela dekat Terengganu tu selalu yang popular seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.
Walaupun namanya kurang dikenali, tetapi keindahan dan kecantikan Pulau Gemia tetap memukau mata sesiapa yang melihatnya dan dijamin korang takkan menyesal menghabiskan masa percutian korang di pulau berkenaan.
Terletak kira-kira 18 kilometer dari Marang, pulau itu mendapat namanya daripada pokok kundang atau lebih dikenali sebagai pokok gemia yang tumbuh di puncak bukit pulau oleh masyarakat Terengganu
Dengan menaiki bot dari jeti Marang di Kuala Terengganu, perjalanan ke Pulau Gemia hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dengan jarak 5 kilometer.
Bagi korang yang memang nak ke Pulau Kapas, korang boleh juga singgah ke pulau ini yang hanya berjarak kira-kira 800 meter antara satu sama lain.
Pulau Gemia sebenarnya agak terkenal dalam kalangan pelancong antarabangsa yang mencari sebuah destinasi percutian yang damai, sunyi, menenangkan fikiran serta jauh dari hiruk pikuk kota.
Gemia diliputi pohon yang mekar menghijau dan ia adalah sebuah pulau persendirian yang juga dikenali sebagai Coral Island kerana dikelilingi oleh terumbu batu karang dan kaya dengan khazanah hidupan laut.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Gemia adalah berkayak, snorkeling dan merentas hutan.
Jika tidak berminat dengan aktiviti lasak seperti itu, mungkin anda boleh sekadar bersantai dan menghirup udara segar di pulau ini serta berjalan sekeliling pulau dengan merentasi tebing batu dan kawasan pantai memutih.
Persekitaran pulau yang romantis dihiasi pula pemandangan matahari terbit dan tenggelam yang cukup mempesonakan, menjadikan Gemia juga lokasi bulan madu yang paling sesuai buat pasangan suami isteri.
Jika tepat pada masanya dan bernasib baik, korang mungkin berpeluang melihat kehadiran spesies 'Penyu Agar' yang datang untuk bertelur di pulau ini.
Seronok, kan? Jom bercuti ke Pulau Gemia!
Cara ke Pulau Gemia
Pulau Gemia tidaklah sebegitu popular seperti Pulau Perhentian atau Redang, tetapi pulau ini mampu menarik pelancong untuk datang ke sini dengan adanya pulau yang berbatu diliputi dengan kehijauan pokok dan kerjenihan air.
Perjalanan ke sana akan mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot laju di jeti Marang, Kuala Terengganu. Di sana hanya terdapat satu penginapan sahaja iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort.
Dengan menaiki pesawat turun di Airport Kuala Terengganu. Masa perjalanan ke Jeti Marang hanyalah mengambil masa 30 minit hingga 1 jam sahaja.
Bawa kereta sendiri? Anda boleh melalui Lebuh Raya Karak -> Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan terus parking di Jeti Marang (Berbayar).
Pulau Gemia hanya mempunyai satu resort sahaja, walaubagaimanapun jika anda berminat untuk datang ke sini secara Day Trip anda boleh mengambil Pakej Gemia Island Day Trip atau Pakej 3 Hari 2 Malam
Harga Day Trip
- Dewasa - RM190
- Kanak-kanak - RM140
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah