Langkawi Alami 'Laut Terbelah', Pengunjung Teruja Dapat Berjalan Atas Beting Pasir

TARIKAN
March 13, 2020 - 10:51 AM


Bagi yang sedang bercuti atau berada di Langkawi, anda sememangnya bertuah kerana dapat menyaksikan dan merasai fenomena 'laut terbelah' -- yang mana membolehkan orang ramai berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir yang menghubungkan pantai ke pulau-pulau kecil di sekitarnya, akibat kejadian air surut.

Kredit: Bernama

Terdapat 3 lokasi di Langkawi yang mengalami fenomena tersebut setahun sekali iaitu :

- Pantai Tanjung Rhu

- Teluk Datai

- Pantai Chenang

Kredit: Harian Metro

Ratusan pengunjung di Tanjung Rhu Resort Langkawi misalnya, berasa teruja apabila merasai sendiri pengalaman berjalan menyusuri beting pasir selama 2 jam dan berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan sebelah, gamat, belangkas serta kuda laut.

Kredit: Bernama

Disebabkan kini fenomena luar biasa ini semakin diketahui ramai dalam kalangan rakyat Malaysia dan pelancong asing, terdapat beberapa pihak terutama pengusaha resort menganjurkannya sebagai acara tahunan khas buat tetamu mereka.

 

Bagi anda yang ingin merasai juga pengalaman unik berjalan di atas beting pasir tersebut, siap sedia untuk membuat perancangan percutian ke Langkawi atau mana-mana lokasi lain yang turut berlaku fenomena laut terbelah itu yang muncul setiap kali bulan penuh.

Sumber: Bernama

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah