Kerlas Villa Ni Siap Ada Private Pool Kat Ruang Tamu, Best Buat Reunion Ni Tak Sampai RM100 Sorang!
HOTELAugust 14, 2020 - 02:09 PM
Selepas dikurung di rumah kira-kira 3 bulan akibat penularan pandemik COVID-19, akhirnya kita dibenarkan untuk merentas negeri serta Cuti-Cuti Malaysia.
Bagi korang yang mencari lokasi untuk menganjurkan 'reunion' atau perjumpaan besar-besaran bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa -- sebuah homestay elegan dikelilingi pokok-pokok hijau dengan kolam renang peribadi di tengah-tengah ruang tamunya sangat sesuai untuk menjayakan plan korang tu!
Diberi nama Zoo Villa, homestay yang dilengkapi dengan 5 buah bilik ini sememangnya terletak betul-betul di belakang Zoo Negara, Ulu Klang di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Zoo Villa ini boleh memuatkan sehingga 12 orang dan sesuai sangat kalau korang nak bercuti dan beraktiviti bersama kengkawan dan keluarga yang ramai.
Kesemua biliknya mempunyai 5 katil bersaiz queen dan 2 katil single.
Selain dilengkapi dengan penghawa dingin, set dapur yang lengkap, ruang parkir percuma, internet, TV LED bersaiz 65" serta Netlflix yang boleh ditonton bersama -- istimewanya villa ini adalah sebuah kolam renang indoor untuk bermandi-manda, bersantai atau bergambar cantik yang dibina di tengah ruang tamunya yang sangat luas.
Selain memasak di dapurnya dan berhibur di kolam renang, korang juga boleh borak-borak sambil menikmati pemandangan hijau seluas 180 darjah sambil menghirup kopi panas. Chill sangat, kan....
Jika mengikut laman web Zoo Villa ini, harga untuk semalam adalah RM1000 dan kalau dibahagikan dengan 12 orang, korang hanya perlu membayar tak sampai RM100 pun..murah kan!
Jom buat reunion sini, kengkawan!!!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah