Berita Baik Untuk Orang Utagha! KTMB Perkenal Kios Tiket Layan Diri Tanpa Tunai

TRAVEL
October 20, 2020 - 02:52 PM


Berita baik khas untuk Orang Utara atau korang yang nak travel ke negeri-negeri beah atas Semenanjung Malaysia!

Sekarang kalau korang nak beli tiket untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS), KTM Antarabandar dan KTM Komuter di wilayah utara -- korang dah tak perlu beratur panjang kerana kini korang boleh membeli tiket tanpa tunai melalui mesin baharu yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mulai 15 Oktober lepas.

Istimewanya dengan kemudahan kios baharu menggunakan KTMB Integrated Ticketing System (KITS) itu akan memudahkan pengguna membeli tiket dengan kad kredit, debit dan sebagainya.

Kaedah terbaharu itu merupakan tambahan kepada sistem pembelian tiket KITS sebelum ini -- iaitu pembelian melalui kaunter, secara dalam talian dan menggunakan aplikasi KTMB Mobile.

Bukan itu sahaja, malah semua tambang konsesi juga boleh dibeli melalui kios layan diri ini, berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka berurusan di kaunter.

Caranya mudah pelanggan hanya perlu mendaftar melalui aplikasi KITS atau di laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my bagi menikmati diskaun tambang yang ditawarkan.

Setakat ini, pembelian tiket komuter di mesin baharu itu hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan tren tersebut di wilayah utara -- iaitu dari stesen Padang Rengas, Perak hingga ke Butterworth, Pulau Pinang dan Padang Besar, Perlis.

Namun, kios jualan tiket perkhidmatan komuter di Lembah Klang masih menggunakan mesin jualan tiket layan diri berasaskan sistem token dan tunai.

Jom layan video yang disediakan oleh pihak KTMB tentang cara membuat pembelian tiket lebih mudah dengan kios tiket!

Sumber: BERNAMA 

Kredit Gambar & Video: Facebook KTMB

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah